Header Ads

ads header

Flash News

Hanya satu calon KM kami, iaitu presiden Warisan kata Shafie


Tidak seperti musuh yang "berpecah" soal calon ketua menteri, kata Shafie Apdal, kerajaan menawarkan kepada rakyat Sabah hanya satu calon.

"Baik DAP kah, PKR kah, Amanah kah (yang menjadi calon kawasan), hanya satu calon saja untuk menjadi ketua menteri - iaitu presiden Warisan," katanya dalam sidang media selepas penamaan calon di Dewan Masyarakat Semporna.

Dia berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita yang bertanya soal pembangkang Gabungan Rakyat Sabah yang nampaknya belum mempunyai calon ketua menteri yang pasti.

Terbaru nama Pengerusi Bersatu Sabah Hajiji Noor dicadangkan sebagai calon ketua menteri oleh Presiden Bersatu merangkap perdana menteri, Muhyiddin Yassin sebagai calon ketua menteri.

"Nampaknya, mereka tak jelas, kan? Itu sangat ketara.

"Itu menunjukkan betapa berpecahnya pilihan yang mereka berikan kepada rakyat Sabah," katanya lagi. 

Muhyiddin tadi mengumumumkan Hajiji sebagai calon ketua menteri Sabah jika pembangkang berjaya menawan negeri itu daripada parti Warisan atau gabungan Warisan Plus.

Pun begitu, kata Muhyiddin, keputusan itu masih perlu dipersetujui sekutu-sekutu Bersatu yang lain.

“Mana nak tahu, kalau rakan-rakan kita di PN, BN pun bersetuju, yang terbaik nak kita tawarkan sebagai calon untuk meminpin negeri Sabah, tidak lain tidak ialah Hajiji," katanya.

Tidak lama kemudian, presiden Umno berkata soal calon ketua menteri akan dipilih oleh Adun BN dan rakan kongsi politik mereka, hanya apabila mereka berjaya mendapat cukup kerusi bagi membentuk kerajaan negeri yang baru.

Untuk Warisan Plus, soal calon ketua menteri tak pernah menjadi isu, malah mereka berjaya mengelak pertembungan kerusi sesama mereka.

Selain itu, disoal mengenai usul Bersih untuk menganjurkan debat buat calon-calon ketua menteri, Shafie berkata, Sabah mempunyai masalah liputan internet.

"Debat ni bukan tak boleh, tapi terkadang itu coverage (liputan) dia di Sabah itu tak dapat nak sampai ke kawasan tertentu.

"Itu terserah kepada mereka," katanya lagi.

MR :   Jika Warisan Plus berganding dengan baik, sukar untuk Gabungan PN. BN untuk atasi 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan: