SHAH ALAM: Ketika rakyat gelisah dibelenggu krisis gangguan bekalan
air, kediaman Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari
bagaimanapun menerima layanan istimewa yang menimbulkan kemarahan
netizen.
Dakwaan itu timbul selepas isteri pemimpin itu, Datin Seri Masdiana
Muhamad memuat naik gambar lori tangki air Pengurusan Air Selangor Sdn.
Bhd. (Air Selangor) berada di kediaman rasmi tersebut dan ahli
keluarganya mandi di kolam renang tular dalam media sosial sejak
semalam.
Keadaan itu dikatakan mengguris hati rakyat negeri ini dan menerima kecaman netizen yang kesal dengan tindakan tersebut.
Bagaimanapun, Masdiana membuat permohonan maaf di laman sosial
Facebook miliknya hari ini dengan mengakui kekhilafannya namun menafikan
lori tangki dihantar untuk memenuhkan kolam renang di kediaman rasmi
itu.
“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya menyedari kekhilafan di
pihak saya memuat naik gambar tersebut yang menimbulkan banyak tafsiran.
“Sebagai seorang ibu saya cuma ingin menyampaikan rasa berterima
kasih kepada petugas barisan hadapan Air Selangor yang bertungkus lumus
sejak beberapa hari lepas, bukannya niat untuk bermegah-megah.
“Saya memohon maaf sekiranya tindakan tersebut mendatangkan sebarang
bentuk salah tafsir dan mengguris perasaan mana-mana pihak,” katanya.
Ujarnya, beliau akan bersama petugas barisan hadapan Air Selangor
untuk membantu penduduk di kawasan yang belum menerima bekalan air
terutama golongan ibu dan warga emas.
Terdahulu, Masdiana di akaun Instagram miliknya memuat naik tangki Air Selangor di hadapan rumahnya.
“Terima kasih Air Selangor kerana menghantar air. Saya faham anda
merupakan petugas barisan hadapan sekarang. Semoga Allah memberkati,”
kata pada keterangan gambar tersebut.
Dalam pada itu, Pejabat Menteri Besar Selangor menafikan penularan berita palsu berkaitan isu gambar isteri beliau yang tular.
Penularan berita palsu tersebut, Amirudin didakwa mengambil maklum gambar yang tular dan diambil di Instagram isterinya.
Kenyataan itu juga mengatakan bahawa Amirudin memohon maaf pada
rakyat Selangor dan pada masa sama tidak mempertikaikan kelebihan
tersebut kerana beliau merupakan Menteri Besar.
Jika tidak kencing rakyat, itu bukan Pee H namanya. Pelbagai janji Pee H telah menjadi air kencing yang sangat hancing menyebabkan rakyat menjadi sangat marah dan kecewa.
BalasPadamMalangnya puak Pee H muka tembok masih lagi berani menfitnah untuk memburuk-burukkan MN dan PN kononnya Pee H adalah puak 'suci'.