Header Ads

ads header

Flash News

Temu bual penuh Presiden PAS bersama wartawan Reuters di Channel Youtube


Temu bual penuh Presiden PAS bersama wartawan Reuters di Channel Youtube

Media massa pro PH terutama Malaysiakini cuba melaga-lagakan antara PAS dengan UMNO, permainan mereka ialah PAS lebih kepada PN berbanding MN. Memang mereka berjaya mempengaruhi bukan sahaja peringkat bawah malah hingga peringkat tertinggi sehingga berbagai kenyataan dikeluarkan.

Saya beberapa kali menegur pimpinan atasan agar berhati-hati dengan putar belit dari media pro PH sehingga MIC turut terpengaruh dengan isu yang dicanangkan hinggakan mereka mengumumkan bersama PN. Sedangkan apa yang PAS lakukan hanya untuk mengabung parti yang masih terikat dengan PN.

PAS lebih mendahului MN daripada PN kerana PAS bukan parti politik yang mengkhianati rakan, sejarah telah membuktikan sikap PAS. Apa yang dilakukan oleh TGHH adalah untuk mengabungkan semua parti yang berteraskan Melayu dan parti-parti Bumiputera dari Sabah dan Sarawak yang masih bersama PN.

Beliau antara tokoh gerakan Islam yang di arahkan oleh Kesatuan Ulama Sedunia untuk menyatukan parti-parti Islam di Indonesia. Sebelum pilihanraya presiden Indonesia beliau diminta untuk berbincang dengan semua parti politik Islam yang terlalu banyak jumlahnya. Andainya semua pemimpin parti-parti Islam di Indonesia BN berlapang dada dengan memilih seorang calon pasti Jokowi akan kalah teruk kerana gabungan parti-parti politik Islam mewakili lebih 75% .

Tetapi kerana masing-masing lebih mementingkan diri sendiri, umat Islam berpecah-belah dan Jokowi menang besar walaupun beliau tidak mempunyai parti. Sehingga Ustaz Abdul Somad dengan sedih memberi ingatan kepada kita agar jangan sekali-kali jadi macam Indonesia yang sekarang ini sedang menuju kearah fahaman liberalisme.

Apabila kuasa politik Melayu terbesar di Malaysia antara PAS dan UMNO bersatu dalam Piagam Muafakat Nasional, hampir semua akhbar-akhbar di negara Arab menjadikan berita muka hadapan. Kenapa Arab sama Arab tidak boleh bergabung tetapi Melayu sama Melayu boleh melakukan. Adakah ramai beranggapan TGHH lebih mementingkan PN dari MN.

PN hanya gabungan parti-parti politik yang bersifat sementara menunggu PRU15 sedangkan MN bergabung dengan airmata. Anda sendiri fikir kerana TGHH adalah pakar dalam politik Islam, beliau sendiri memiliki master Siyasah Syar'iyah satu cabang feqah Islam dalam aspek politik. Malah syariat para Rasul pun berubah mengikut keadaan dan ketika zaman Rasulullah SAW pun Mutaghayyirat (yang menerima perubahan) dalam perkara yang berlakunya perbezaan masyarakat, masa, tempat, situasi dan realiti.

Cukuplah sekadar ini kerana jika diuraikan cukup panjang dan PAS bukan sengaja mempergunakan agama kerana ia memang sudah ada bagi yang rajin membaca Al-Quran, As-Sunnah dan sejarah politik Islam. - Aku Bukan Sesiapa

    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.



1 ulasan:

  1. Sumber rujukan PAS ialah Quran, sunnah, ijma' dan qiyas. Jadi munasabahlah PAS sentiasa merujuk Quran dan hadith apabila timbul apa jua masalah.

    PAS menggunakan agama kerana memang ALlah SWT suruh guna panduan Islam dalam semua aspek hidup.

    PAS bukan mempergunakan agama sebagaimana tuduhan sesetengah pihak. Ia hanya tasykik yg mahu meracuni pemikiran umum supaya tinggalkan PAS.

    BalasPadam