Header Ads

ads header

Flash News

‘Kesombongan’ Tun M punca ekonomi Malaysia merosot kata Dr Kee Ping


KUALA LUMPUR –
Punca utama ekonomi Malaysia mengalami kemerosotan dan para pelabur kurang berminat ketika zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH) disebabkan sikap sombong kerajaan dan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri ketika itu.

Penganalisis Politik, Dr Hoo Kee Ping berkata, kerajaan ketika itu seolah-olah cuba mencetuskan ‘peperangan’ daripada segi ekonomi dengan kebanyakan negara kuasa besar dunia termasuk dengan India, China dan Amerika Syarikat (AS).

Dalam pada itu, Kee Ping memberitahu, keadaan tersebut menyebabkan ramai pelabur asing enggan datang ke negara ini untuk melabur selama 22 bulan PH memerintah.

“Malah, walaupun ramai pelabur dari AS menarik pelaburan mereka dari negara China berjumlah lebih AS$20 bilion namun mereka tidak berani melabur di Malaysia.

“Sebaliknya mereka memilih negara lain seperti Vietnam dan Thailand serta lain-lain lagi kerana tidak yakin dengan cara pentadbiran kerajaan PH ketika itu. Itulah kerajaan PH yang memerintah selama 22 bulan dengan penuh kontroversi.

“Kalau dibandingkan antara kerajaan PH selama 22 bulan dengan Perikatan Nasional (PN), pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selama enam bulan tanpa sebarang kontroversi adalah jauh bezanya.

“Kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sama seperti pepatah Melayu diam, diam ubi berisi dan sentiasa menunaikan tanggungjawab membantu rakyat di peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap membentangkan kertas kerja pada Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran PN di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya hari ini.

Kee Ping turut memberi amaran kerajaan PN juga akan hancur berkecai, runtuh dan kalah besar dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) jika mereka meminggirkan orang Melayu Islam dan masyarakat bumiputera selaku kaum majoriti seperti diamalkan PH selepas menang PRU-15 lalu.

Beliau berkata, satu lagi perkara penting perlu ditangani oleh kerajaan PN adalah untuk memastikan mereka meraih kemenangan besar dan mampu membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bulan depan.

Bagaimanapun, Kee Ping yakin PN mampu meraih kemenangan dalam PRN Sabah jika semua parti komponen Barisan Nasional (BN) dan PN mampu bertolak ansur dalam pembahagian kerusi dan bekerjasama erat antara satu sama lain.

“Kalau Warisan (PH) kalah di Sabah ini tunjukkan pengundi akan pilih PN dalam PRU akan datang dan rakyat sudah menolak PH yang mengamalkan politik perkauman,” ujarnya.

#Sumber :  – MalaysiaGazette  

MR :  Sombong dan suka kencing rakyat  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:


  1. Berikut adalah selang sedutan hujah saya kepada sekumpulan geng Cina di dalam satu website bernama Quora yang menentang policy Bumiputera. Mereka menggunakan kata kata kesat menghina Orang Melayu dan kerajaan Malaysia.

    Ini jawapan saya.


    I am a Malay and I am a pro-Bumiputera policy. I call for other non Bumiputera Malaysian to stay calm and focus on what I have to say in a non prejudiced manner. Malaysia is inherently a Malay country and that has accepted the non Malays as Malaysians under the principle of Jus Soli back in 1957.

    The Bumiputera policy is designed to eliminate poverty that was quite widespread amongst the native Malaysian community. It is to provide the Bumiputeras the opportunity to rise and compete in the same level playing field that were sidelined by the British rule for almost a century.

    May I take your attention to the direct and indirect effect of such policy.

    1.Many Bumiputeras will be made employable in both government and non governmental sector.

    2.Many Bumiputeras will be able to rise above the poverty lines and thus provide stability to the economy.

    3.Many Bumiputeras will be able to gain access to public service and at the same time be part of their provision. These service are essential as to provide stability to the country and to prevent emnity and civil unrest amongst Malaysians.

    4.It is important to note that economic disparity amongst race is a serious cause of civil unrest. The Bumiputera policy is designed to mitigate such adversity and hence the Non Bumiputera can live safely with their daily lives and maintain good business and livelihood.

    I also note that there are some negative thoughts and connotations about such policy. I welcome such thoughts but I must stress that the fault lies on some, but not all of its policy, and that they are rare and mainly occur in isolated cases.

    In order to address those issues, we have set a constant and regular review on how things can be done better and how the concern made by the non Bumiputeras can be noted and rectified.

    There is a lot more benefit that Malaysians gain from such policy. The non Bumiputera must be aware that such policy also benefit them in an indirect manner. I shall elaborate this further when time permits.

    Many thanks.

    Kama Muhammad.

    BalasPadam