Header Ads

ads header

Flash News

Mainan kuasa Umno-PPBM dalam keputusan MIC tarik diri sertai PN kata James Chin


PETALING JAYA:
Seorang penganalisis politik yakin keputusan MIC tidak menyertai Perikatan Nasional (PN) adalah sebahagian daripada penyusunan semula politik Melayu yang lebih meluas, terutama permainan kuasa antara Umno dan PPBM.

James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania berkata, bukan sesuatu yang mengejutkan apabila MIC memutuskan untuk tetap bersama Umno memandangkan pakatan antara mereka sudah terjalin sejak lebih 60 tahun lalu.

“Mereka tidak mempunyai tempat lain untuk pergi, sebab mereka boleh memenangi kerusi yang mereka tanding melalui undi orang Melayu daripada penyokong Umno,” katanya kepada FMT.

Minggu lalu, MIC menarik balik keputusan untuk menyertai PN, gabungan longgar yang terdiri daripada beberapa parti politik diterajui PPBM.

Keputusan MIC yang juga parti komponen Barisan Nasional (BN) itu berdasarkan keputusan Umno yang tidak bergabung dengan PN.

Mengulas mengenai penstrukturan semula politik Melayu, Chin berkata lingkaran elit Melayu semakin meluas, bukan hanya kerana PPBM memasuki lapangan yang hanya dikuasai Umno dan PAS, tetapi juga kerana parti baru Dr Mahathir Mohamad, Pejuang.

Katanya, PPBM sedang melakukan penyusunan semula dengan kumpulan bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang menyertai mereka, sementara kemungkinan bekas menteri belia dan sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman akan menubuhkan parti baru berasaskan orang muda.

Katanya, parti bukan Melayu biasanya akan menyesuaikan diri dengan parti Melayu yang paling berjaya dan ia akan berlaku selepas pilihan raya akan datang.

“Sebelum pilihan raya, secara tradisinya pakatan akan dibentuk, selepas pilihan raya parti bukan Melayu akan condong ke arah parti Melayu dengan ahli Parlimen paling banyak.”

Bagaimanapun, Chin berkata sama ada MIC atau MCA dalam hal ini, memilih untuk kekal dalam BN atau menyertai PN tidak penting kerana kedua-dua parti tidak dapat memberikan undi bukan Melayu.

“Ketika ini, undi orang Cina dan India kemungkinan diberikan kepada Pakatan Harapan. Sudah tentu, jika PN dapat melihat ekonomi pulih, mereka akan memperoleh lebih banyak undi bukan Melayu pada PRU akan datang”.

Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia, bagaimanapun, tidak melihat adanya permainan kuasa Umno-PPBM, dan percaya keputusan MIC memilih untuk tidak menyertai PN mungkin hanya kerana keengganan Umno menyertai pakatan itu.

Beliau berkata, juga masuk akal bagi MIC untuk tetap bersama BN kerana mereka dapat memberikan rundingan lebih baik dalam hal pembahagian kerusi.

Namun, beliau juga percaya ia tidak ada sebarang perbezaan bagi PPBM atau Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kerana pengaruh politik MIC “sangat diabaikan”.

“MIC memerlukan Perikatan Nasional lebih daripada Perikatan Nasional memerlukan MIC.

“Tidak akan menjadi masalah sama ada MIC atau MCA atau Gerakan bersama PN atau jika PPBM mempunyai sayap bukan Melayu sendiri kerana sebahagian besar undi bukan Melayu dikuasai oleh DAP atau PKR,” katanya.

#Sumber :  FMT  

MR :    UMNO-BERSATU macam perbalahan adik beradik yang mungkin boleh berbaik mungkin bermusuhan sampai mati


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan