Header Ads

Header ADS

Naikkan kadar bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) satu strategi PN untuk atasi kemiskinan


KUALA TERENGGANU
: PAS Terengganu menyifatkan Perikatan Nasional (PN) sebuah kerajaan yang konsisten dan prihatin membantu rakyat terutama golongan B40.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, usul Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu menaikkan kadar bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu berita gembira buat rakyat.

Katanya, sebelum ini kerajaan PN juga pernah menaikkan aras garis kemiskinan agar lebih ramai rakyat mendapat bantuan.

“Ini pendirian yang konsisten di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN), yang sentiasa prihatin tentang kebajikan rakyat.

“Kita (PN) pernah menaikkan aras kemiskinan supaya lebih ramai rakyat yang dikategorikan miskin dapat dibela.

“Jika sebelum ini, diletakkan arasnya terlalu rendah menyebabkan ramai yang tercicir untuk mendapatkan bantuan kerajaan. Sekarang ini, kita fikirkan nilai bantuan itu pula untuk dinaikkan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily selepas merasmikan Pameran Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Galeri Terengagnu Drawbridge, di sini, 31 Ogos lalu.

Menurutnya, usul menaikkan bantuan bulanan JKM hingga tiga atau empat kali ganda itu suatu berita yang menggembirakan rakyat.

“Jika sebelum ini, rakyat akan dapat (bantuan) antara RM200 hingga RM300 sebulan bantuan golongan tersasar Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Apabila Perdana Menteri mengumumkan bantuan (JKM) itu dinaikkan sehingga RM1,000 (dan) sekiranya, pihak pembangkang tidak setuju pun, kita (PN) akan bagi juga dengan kenaikan itu.

“Ini menunjukkan satu iltizam yang sangat bersungguh untuk membantu rakyat. Peningkatan hingga tiga, empat kali ganda daripada sebelumnya,” jelas beliau.

Ahmad Amzad yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyifatkan, cadangan kenaikan bantuan JKM itu selari dengan tema Hari Kebangsaan Kali Ke-63 ini.

“Saya rasa sangat bersyukur dan pengumuman ini dibuat sempena ambang kemerdekaan negara. Ini selari dengan tema Hari Kebangsaan Kali Ke-63 iaitu Malaysia Prihatin.

“Kita (kerajaan) betul-betul terjemahkan sikap prihatin kita dengan menaikkan bantuan JKM tersebut.

“Jika kita melihat track record sejak daripada kita mengambil alih kerajaan, hampir setiap masa ada sahaja kita memperkenalkan inisiatif baharu bagi membantu rakyat.

“Kerajaan yang ada hari ini sedar dan kerajaan berkongsi sama dengan kesusahan rakyat, dengan memastikan rakyat terbela,” tegasnya.

Justeru, katanya ini tidak menghalang kerajaan untuk terus memikirkan di masa akan datang dengan pelbagai bantuan lain yang akan diumumkan dari masa ke semasa.

#Sumber : HARAKAHDAILY 2/9/2020

MR :   Jangan salah kerajaan lama buat apa yang baik untuk rakyat 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.