Header Ads

ads header

Flash News

Ketawakan PAS itu senjata orang gagal kata Nik Abdul


PAS menempelak kembali pihak yang mentertawakannya selepas gagal mendapat sebarang kerusi daripada sekutu mereka untuk bertanding dalam pilihan raya Sabah.

“Ada yang mentertawakan PAS.

“Ya, itulah senjata orang yang gagal,” kata Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

PAS berhasrat bertanding di 10 Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi tidak langsung mendapat laluan di negeri itu.

Presidennya Abdul Hadi Awang semalam berkata mereka memberi laluan kepada sekutunya bagi mengelakkan pertembungan calon.

Menulis di Facebook, PAS berkata jangkaan parti parti itu akan “memberotak” telah tersasar.

“Malang buat mereka, PAS memilih jalan kemuliaan. Orang menang senyum gembira. Orang kalah asyik mempersenda mengubat duka,” katanya.

“Mesej dan matlamat perjuangan kekal dipertahankan.

“PAS gembira melihat parti-parti rakan memasuki pilihan raya dengan penuh kesatuan. Semoga menang dan berjaya buat Umno dan rakan-rakan di Sabah.

“Saya hadir berkempen, Insya-Allah,” katanya yang mengaku berdukacita tetapi berlapang dada

MR : PAS perlu gerakan kehadapan dengan strategi yang mantap   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Bagi laluan bukan bererti jadi pasif. PAS sentiasa proaktif. Kita bekerja secara berpasukan.

    BalasPadam
  2. Nak kata apa lagi....sepatutnya pas jgn pasang angan2 nak berranding di sabah serawak,,kerana sedia maklum,,org sabah serawak dari dahulu meletakkan kebendaan di hadapan,,ugama...ini perkara picisan. Siapa booeh kasi uwang,,org ini kita sokong...ini minda orang sabah. Rasuah, apa kami peduli. Tahniah kpd pengundi2 pas di sabah pada pru14 hari tu. Anda insan mulia. Pas jgn semawa diri kat sabah,,tunggu sehingga di minta bertanding baru bersiap sedia....

    BalasPadam
  3. Didalam PRU akan datang, di negeri2 yg dikuasai PAS, UMNO dan PPBM jangan mengharap sangatlah..

    BalasPadam