Header Ads

ads header

Flash News

Kononnya Kempen Bunuh katak, kini Warisan cuba pancing Adun baru PBS


PETALING JAYA:
Parti Bersatu Sabah (PBS) mendakwa “parti kapal” berusaha memancing Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu yang baru dipilih sementara menunggu pembentukan kerajaan baharu.

Dalam kenyataannya di Facebook hari ini PBS berkata, parti itu dijadikan sasaran fitnah, susulan kemelut pelantikan calon ketua menteri Sabah.

Katanya, individu tertentu daripada “parti kapal” mula menghubungi pemimpin PBS, bertujuan untuk membeli kerusi.

“Mereka sanggup menawar duit dan jawatan untuk YB (Yang Berhormat) PBS,” katanya.

Menyatakan Warisan Plus perlu menyedari PBS bukan parti yang baru ditubuhkan semalam dan akan tetap berpegang pada prinsip, selain akan kekal bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Kapal adalah logo bagi Warisan. FMT cuba mendapatkan pengesahan daripada PBS berhubung dakwaan itu.

Terdahulu, Ketua Penerangan PBS Joniston Bangkuai menafikan dakwaan parti itu akan menyertai Warisan Plus untuk menubuhkan kerajaan negeri Sabah yang baharu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam, PBS berjaya memperoleh kemenangan di 7 kerusi ditandingi mereka iaitu di Matunggong, Tandek, Tamparuli, Kiulu, Lumadan, Kundasang dan Telupid.

GRS terdiri daripada PN, BN dan PBS menang 38 daripada 73 kerusi dipertandingkan.

Warisan, PKR dan Upko pula memenangi 32 kerusi, manakala 3 dikuasai calon bebas.

#Sumber :  FMT  

MR :   PH dan gengnya Warisan kalau dia tak apa, orang lain aje tak boleh 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Cakap apa sahaja...
    Utk kepentingan memang mudah,
    Tapi utk tunaikan janji tu teramatlah sukar,jadi berhati2 jika buat kenyataan d media.
    Katak c katak
    Apa kamu nak buat,
    Katak c katak
    Nak buat lompat.

    BalasPadam