Header Ads

Header ADS

Kunjungan YB Menteri Kewangan ke Rusila


Saya berbesar hati di atas kesudian YB Menteri Kewangan untuk berkunjung ke Kampung Rusila, Marang, dalam kepadatan jadual lawatan beliau ke Negeri Terengganu.

Kami meluangkan sedikit masa untuk meninjau ruang solat di Masjid Rusila, berkongsi sejarah masjid ini yang diasaskan oleh moyang saya lebih 100 tahun yang lalu, sehingga pembinaan fasa seterusnya termasuklah penubuhan Maahad Darul Quran, yang kesemuanya dibina dengan dana waqaf dan sumbangan orang kampung.


Dalam pertemuan tersebut, kami berbincang mengenai langkah-langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan tahap sosio ekonomi rakyat dan pembangunan di kawasan luar bandar, yang sinonim dengan aktiviti pertanian, perikanan, pelancongan dan industri desa.

Pada masa sama, saya turut menyerahkan suatu kertas cadangan untuk pertimbangan YB Menteri, yang mengandungi beberapa syor dan saranan berkaitan langkah-langkah yang boleh diambil oleh Kerajaan Malaysia bagi memulihkan ekonomi pasca COVID-19, khususnya melalui peluang kerjasama negara-negara Islam di rantau Timur Tengah.

Saya doakan agar YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan pasukan beliau di Kementerian Kewangan sentiasa diberikan bimbingan dan kekuatan daripada Allah SWT untuk menerajui usaha pemulihan ekonomi negara secara adil dan saksama.

Abdul Hadi Awang
Masjid Rusila, Marang

MR :  Kenapa tak bawa ke rumah TGHH, rakyat nak lihat rumah RM90 juta duit UMNO  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Allah S.W.T memuliakan ulamak.TGHH tidak mencari kemuliaan di sisi manusia. Semoga Allah memberkati TGHH

    BalasPadam
  2. Lawatan kerja bukan lawatan pribadi mmg selayaknya d pejabat,,jika lawatan pribadi mmg d rumah lah kerana akhlak pimpinan mengajar begitu jgn guna hak org ramai untuk kegunaan pribadi

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.