Header Ads

Header ADS

Langkah LE Meridien: 10 Kesilapan Terbesar DSAI


(1) Dengan yakinnya mengumumkan "kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh" sedangkan pengumuman sebegini, jika ada, sepatutnya dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong setelah melalui segala proses perlembagaan yang diperuntukkan.

(2) Dengan yakinnya mengumumkan beliau mempunyai "strong, formidable, convincing majority" dan "close to 2/3 majority" di Parlimen tanpa memberikan walau sebarang pembuktian sekalipun mengenainya.

(3) Dengan yakinnya mengumumkan beliau akan membentuk "sebuah kerajaan baru" yang merupakan "a convincing, formidable, strong government" tanpa mengambilkira kuasa Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong untuk meminta dan memperkenankan pembubaran Parlimen.

(4) Dengan yakinnya mengumumkan Ahli-Ahli Parlimen yang bersama beliau "have decided and have strongly endorsed this position" sedangkan keputusan ini tidak pun dibawa untuk dirunding dan diputuskan di dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan.

(5) Dengan yakinnya mengumumkan "we have Parliamentarians from the government side which of course have included Barisan Nasional Members of Parliament" tanpa memberikan sebarang nama Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional yang berbuat demikian.

(6) Dengan yakinnya mengumumkan Tun Dr Mahathir dan PEJUANG tiada akan bersama beliau di dalam kerajaan baru beliau sedangkan Tun Dr Mahathir dan PEJUANG mungkin sahaja akan mampu untuk mempengaruhi Ahli-Ahli Parlimen lain untuk menolak pembentukan kerajaan baru ini.

(7) Dengan yakinnya mengandaikan bahawa Yang di-Pertuan Agong akan menerima bulat-bulat perancangan beliau sedangkan Baginda sendiri telah bertitah di dalam Pembukaan Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas, pada 18 Mei 2020 supaya pemimpin politik tidak mengheret negara sekali lagi ke kancah politik yang tidak menentu ketika rakyat jelata masih berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan yang sukar akibat pandemik Covid-19.

(8) Dengan yakinnya mengandaikan bahawa rakan-rakan lama beliau di dalam Pakatan Harapan dan rakan-rakan yang baru menyertai beliau boleh menerima satu sama lain sedangkan banyak petanda menunjukkan keadaan sebaliknya.

(9) Dengan yakinnya mengandaikan bahawa tiada apa-apa perubahan yang boleh berlaku antara tarikh beliau mengumumkan pembentukan kerajaan baru beliau dengan tarikh beliau mengadap Yang di-Pertuan Agong dan dengan tarikh Yang di-Pertuan Agong menemuduga semua Ahli Parlimen sedangkan banyak perubahan yang boleh berlaku.

(10) Dengan tiada segannya mengumumkan sendiri segala perkara yang berkait dengan kenaikan diri beliau dan rancangan pembentukan kerajaan baru oleh beliau sedangkan adalah jauh lebih baik jika yang berbuat demikian adalah rakan-rakan lama beliau di dalam Pakatan Harapan atau rakan-rakan yang baru menyertai beliau.

Kamarul Yusoff

MR :  Gelojoh itu pun salah satu strategi Anwar  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Biarlah Anwar dengan kesilapan2 dia.. Kesilapan2 dialah yg akan buka mata ramai rakyat nanti.. YDPA bertitah supaya negara jgn diheret ke lancah politik tapi tindak tanduk YDPA memberi Muhyidin memerintah juga boleh dipersoalkan.. kenapa masa itu PH tidak diberi masa yg cukup utk mengumpul sokongan.. YDPA melantik Muhyidin dalam keadaan PH masih terkejut dgn langkah Sheraton sedangkan PN telah bersedia.. kenapa tak tunggu tenang ckit.. Mahathir nak mengadap lepas tu Tuanku tak bagi plak padahal masa tu Mahathir cakap dia dah boleh buktikan cukup sokongan.. pelik tapi benar.. dan dakwaan Anwar ni juga akan berakhir dgn benda yg sama.. telah nampak tanda2 YDPA memberikan masa utk Muhyidin mengumpul kekuatan dan mengembalikan sokongan.. rakyat memerhati.. tindakan YDPA akan memberi kesan pada rakyat yg ingin melihat keadilan dilaksanakan.. semoga YDPA jgn memihak dalam perkara ini..

    BalasPadam
  2. Ada ulasan tahap bodoh PH.YDPA ikut perlembangaan,bukan ikut kepala lutut.Tkyh nak salahkan agong.Kalu berfikir tahap bengap memang cari salah orang.PH berebut sesama sendiri tu tak salah?

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.