Header Ads

Header ADS

Last minute akhirnya Shafie Apdal minta maaf


Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal meminta maaf kepada anggota keselamatan, anggota keluarga mereka dan seluruh rakyat Malaysia atas kenyataan ahli partinya Mohamaddin Ketapi yang menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada 2013 sebagai “sandiwara”.

Bagaimanapun, ketua Menteri Sabah itu berkata bahawa kenyataan Mohamaddin itu dikeluarkan secara spontan dan “disalahertikan”.

"Saya selaku presiden Parti Warisan Sabah dan ketua menteri Sabah ingin memohon maaf kepada setiap anggota keselamatan, ahli keluarga mereka dan seluruh rakyat Malaysia atas kenyataan seorang pemimpin parti baru-baru ini.

"Kenyataan beliau yang dikeluarkan secara spontan telah disalah erti kan dan sama sekali tidak berniat untuk menghina perjuangan para perajurit dan anggota keselamatan kita yang mengorbankan nyawa mereka demi mempertahankan rakyat dan negara ini," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Shafie berkata demikian berikutan video kontroversi bekas menteri pelancongan, seni dan budaya yang didakwa menghina pengorbanan anggota tentera dan polis dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu.

Berdasarkan video yang tular itu, dia berucap semasa kempen baru-baru ini dengan mendakwa perkara itu dibangkitkan selepas Umno dikatakan akan kalah dalam pilihan raya negeri.

Susulan itu, dia dihujani kecaman kerana disifatkan menghina anggota keselamatan yang terkorban dalam operasi itu.

Bagaimanapun, Mohamaddin dalam kenyataan semalam memohon maaf sambil menafikan dia membuat penghinaan terhadap anggota keselamatan.

Dia juga mendakwa video yang disebarkan itu tidak menggambarkan keseluruhan ucapannya, permainan kotor untuk memburukkan partinya Warisan dan telah diputar belit.

Shafie memberitahu bahawa beliau sebagai bekas timbalan menteri pertahanan, amat memahami keperitan yang terpaksa ditempuh anggota keselamatan ketika menjaga sempadan negara terutama di pos-pos kawalan Sabah yang terpencil dan serba kekurangan.

"Setiap anggota yang berada di perbatasan bukan sahaja bersedia mengorbankan nyawa demi keselamatan rakyat Malaysia, malah mereka juga terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga sepanjang tempoh bertugas.

"Dalam berdepan pandemik Covid-19, saya selaku ketua menteri Sabah turut memahami dan menghargai peranan anggota keselamatan kita sebagai frontliners menentang musuh yang tidak kelihatan tetapi amat berbahaya," katanya.

Sementara itu, Shafie menyatakan peruntukkan RM10 juta kerajaan negeri untuk petugas barisan hadapan termasuk, RM1 juta kepada polis dan RM1 juta kepada Kem Lok Kawi bawah Pakej Bantuan Covid-19, membuktikan komitmen kerajaan negeri terhadap anggota keselamatan.

"Sumbangan ini tidak dilakukan di mana-mana negeri di Malaysia.

"Jumlah tersebut tidaklah banyak jika dibandingkan dengan risiko dan pengorbanan wira-wira negara ini, namun itu membuktikan komitmen kerajaan Sabah meskipun agensi keselamatan di bawah bidang kuasa Persekutuan," katanya.

Operasi Daulat dilancarkan pada Mac 2013 membabitkan polis dan tentera susulan pencerobohan kumpulan yang menggelar diri mereka Tentera Diraja Sulu. Kumpulan itu menuntut Sabah sebagai wilayah mereka.

Ia berterusan selama kira-kira sebulan. Sejumlah 10 anggota keselamatan terkorban manakala sekurang-kurangnya 68 anggota pengganas Sulu ditembak mati.

MR :  Itu pun lihat reaksi rakyat marah  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. KEMAAFAN ANTARA YANG HIDUP....BAGAIMANA MEREKA YANG TERKORBAN SANDIWARA ITU???BOLEH MAAFKAN????

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.