Header Ads

ads header

Flash News

LGM bayar RM368.8 juta tuntutan IPG


SERI ISKANDAR:
Lembaga Getah Malaysia (LGM) membayar RM368.8 juta bagi tuntutan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) sejak diperkenalkan pada 2015 hingga 31 Ogos lalu.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata bagi tempoh Januari hingga Ogos lalu, LGM memproses 597,086 permohonan tuntutan IPG seluruh negara dan RM125.6 juta sudah dibayar.

Katanya, IPG adalah inisiatif jangka panjang untuk menangani impak kejatuhan harga getah ke atas pekebun kecil getah.

"Bagaimanapun, hanya sekitar 130,000 pekebun kecil getah yang aktif membuat tuntutan IPG daripada lebih 450,000 pekebun kecil berdaftar.

"Menyedari jumlah peratusan pemohon IPG adalah rendah, LGM menjalankan kajian melihat mengapa perkara ini berlaku antaranya, didapati proses permohonan IPG adalah agak rumit dan ramai layak memohon tidak mengemukakan tuntutan," katanya.

Mohd Khairuddin berkata demikian pada majlis pelancaran aplikasi RRIMniaga peringkat Perak dan Pembukaan Panel Torehan Peserta Getah Untuk Pribumi (GUP), di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar, hari ini.

Menurutnya, susulan itu, LGM mengambil inisiatif membangunkan aplikasi RRIMniaga yang dapat mempercepatkan proses permohonan IPG.

Katanya, kelebihan aplikasi itu dapat berhubung terus dengan sistem IPG apabila urus niaga getah antara pekebun kecil dengan pembeli berlaku.

"Pekebun kecil akan mendapat manfaat IPG kerana sistem RRIMniaga akan merekod transaksi pembelian dan terus menjanakan resit pembelian secara elektronik. Bayaran IPG akan dimasukkan terus ke akaun bank pemohon layak.

"Penggunaan RRIMniaga mendapat sambutan amat memberangsangkan pada peringkat percubaan selama tempoh hampir 24 bulan.

"Bermula di Melaka pada Jun 2018, ia kini berkembang ke Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Kedah, Perlis dan Selangor," katanya.

Beliau berkata, kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi juga mahu semua pelesen getah menggunakan aplikasi berkenaan untuk semua transaksi jual beli getah dan sehingga kini, kira-kira 400 pelesen di seluruh negara sudah mula menggunakan aplikasi berkenaan.

Katanya, LGM turut menyasarkan semua 446 peruncit getah di seluruh negeri Perak akan mahir menggunakan sistem berkenaan sebelum ia diwajibkan berkuatkuasa Januari tahun hadapan.

"Penggunaannya akan diwajibkan mulai 1 Januari 2021 dan akan membabitkan sekitar 2,600 peraih getah di seluruh negara," katanya.

Mohd Khairuddin berkata, sehingga Ogos lalu, seramai 11 Orang Asli di Sungai Perah, Parit menyertai Projek Getah Untuk Pribumi (GUP) dan menjalani operasi torehan dengan baki empat peserta terakhir memulakan torehan pada tahun ini.

Katanya, projek GUP Sungai Perah bermula pada 2012 adalah projek contoh kepada pekebun kecil sekitar dengan pemantauan sepenuhnya oleh LGM bermula dari peringkat penyediaan ladang.

#Sumber :   BH 

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan