Header Ads

Header ADS

Luluh hati 19 pemilik rumah lihat kediaman dirobohkan - Kerajaan PH Kejam


SHAH ALAM:
Luluh hati 19 pemilik buah rumah Desa Subang Perantau di sini, menyaksikan kediaman masing-masing dirobohkan pihak berkuasa hari ini, selepas kerajaan Selangor memutuskan lot tanah mereka terbabit dengan projek melencongkan Sungai Pelempas di situ.

Kerja-kerja meroboh kediaman di atas 16 lot tanah itu, bermula jam jam 7 pagi tadi, ketika penduduk menganggap tindakan itu sebagai satu kezaliman dan penganiayaan terhadap mereka yang mendiami kawasan itu sejak lebih 20 tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Persatuan Penduduk Desa Subang Perantau, Basri Mustapha, berkata permohonan secara berkumpulan untuk 105 lot tanah di situ dibuat pada 1990 dan hanya 16 lot tanah yang belum diluluskan Geran Kediaman Kekal sehingga kini.

"Pada Februari 2018, kerajaan negeri mewartakan sempadan Sungai Pelempas, sedangkan kami membina kediaman di sini lebih 10 tahun sebelum itu, walaupun permohonan geran masih berstatus 'permohonan'.

"Penduduk berasakan kerajaan negeri akan memberikan kelulusan geran dan sehingga kini masih menunggu kelulusan itu, namun tidak menyangka kerajaan negeri mengambil keputusan merobohkan kediaman kami untuk melaksanakan projek berkenaan.

"Sepatutnya semasa kerajaan mewartakan perkara itu, mereka sudah mengambil kira kos pampasan untuk rumah-rumah yang perlu dirobohkan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Basri berkata, setakat ini penduduk yang kediamannya yang dirobohkan hanya diberikan pampasan di antara RM5,000 hingga RM15,000 dan jelas ia tidak memadai dengan kos dilaburkan membina kediaman di antara RM100,000 hingga RM300,000.

Kerja-kerja meroboh kediaman di atas 16 lot tanah itu, bermula jam jam 7 pagi tadi. - NSTP/Mahzir Mat Isa
Kerja-kerja meroboh kediaman di atas 16 lot tanah itu, bermula jam jam 7 pagi tadi. - NSTP/Mahzir Mat Isa

Namun apa yang lebih mencurigakan, katanya mengapa lencongan sungai yang dirancang itu membabitkan lot tanah mereka, sedangkan ada ruang tanah kosong di seberang sungai yang bersempadan dengan tanah milik Malaysia Airports Berhad (MAHB) yang lebih sesuai dan mengikut laluan sungai semula jadi.

"Kediaman kami bukan setinggan, sebaliknya lot tanah dalam status permohonan dan sejak 2016, penduduk atas 16 lot ini diberikan notis kerja meroboh, namun kami masih berharap perkara itu dapat ditangguhkan.

"Sejak itu banyak kali rayuan dibuat termasuk kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar Selangor serta Kementerian Air, Tanah dah Sumber Asli tetapi tidak berhasil.

"Jawatankuasa Bertindak Persatuan Penduduk Desa Subang Perantau turut berusaha menyelesaikan masalah berkenaan, termasuk mengupah juru ukur tanah dan membuat pelan cadangan lain yang lebih baik untuk projek melencongkan sungai berkenaan," jelas beliau.

Bagaimanapun, katanya cadangan itu tidak diendahkan dan kerajaan negeri tetap dengan keputusan mereka merobohkan semua 19 kediaman yang berada di atas 16 lot tanah berkenaan.

Setakat petang ini, 17 kediaman selesai dirobohkan, manakala dua lagi pemilik rumah meminta perkara itu ditangguhkan dan diberikan tempoh sehingga 14 September ini untuk mengosongkan kediaman.

Setakat ini penduduk yang kediamannya yang dirobohkan diberikan pampasan di antara RM5,000 hingga RM15,000. - NSTP/Mahzir Mat Isa
Setakat ini penduduk yang kediamannya yang dirobohkan diberikan pampasan di antara RM5,000 hingga RM15,000. - NSTP/Mahzir Mat Isa

Basri berkata, selain jumlah pampasan yang tidak setimpal, penduduk yang terkesan akibat perkara itu juga tidak diberikan kediaman transit sementara.

Mereka hanya ditawarkan kediaman lain menerusi projek Rumah Selangorku di Bandar Rimbayu, namun kediaman itu hanya akan siap dalam tempoh tiga tahun lagi, menyebabkan penduduk berasa teraniaya.

Katanya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor dalam satu surat jawapan kepada pihak persatuan menyatakan projek berkenaan perlu dilaksanakan sebagai projek tebatan banjir di Kampung Melayu Subang.

JPS memaklumkan kajian mereka bersama sebuah syarikat perunding kejuruteraan mendapati jajaran sungai itu adalah semula jadi dan tidak boleh diubah kerana melibatkan struktur tanah di tebing sungai yang boleh membahayakan jika berlaku tanah runtuh.

Pihak JPS turut menjelaskan projek itu memerlukan pengalihan 16 meter untuk mengelak perobohan dan kerajaan negeri perlu menanggung kos kerugian hampir RM1 juta untuk kos bina semula jika ada strutur yang perlu dirobohkan.

Penduduk, Mohamad Zulkifli Yusoff (tengah) melihat kesan rumah yang dirobohkan. - NSTP/Mahzir Mat Isa
Penduduk, Mohamad Zulkifli Yusoff (tengah) melihat kesan rumah yang dirobohkan. - NSTP/Mahzir Mat Isa
#Sumber : BH

MR :    PH memang tak boleh diharap


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. TEpok org selangor,,,
    Nk sngt,,
    Amek ko punye ketajaan negeri yg ko agung2 kn
    👏👏👏👏👏👏...
    Pru 15 sokong lgi parti mate dajjal,,,
    Terbaik org selangor

    BalasPadam
  2. Baru 19.. masa BN memerintah dulu beribu2 dah setinggan kat KL kene roboh macam ni.. sebelum tu geng2 BN jugak yg benarkan tanah kerajaan dan kerajaan negeri diteroka utk menolong bangsa melayu demi mendapatkan sokongan politik.. lepas tu yg meneroka tanah pulak terus anggap tu milik mereka sbb kononnya dijanjikan geran dan sebagainya.. akhirnya bila berlaku macam ni terus nak salahkan kerajaan.. padahal mesti tau tiada tanah yg suka2 diberi tanpa bayaran dan mempunyai geran yg sah.. puak2 yg berkepentingan pulak terus nak ambik merit politik.. bila puak2 dia buat macam ni terus dia senyap balik menyorok bawah tong taik..

    BalasPadam
  3. Awanama....
    Betol ke ko punye cakap to
    Aku tengok mcm sewel je
    Ko macai ph ker??
    Ke melayu selangor
    Aku nk ludah kt muke
    Puihhhhhhhhh

    BalasPadam
  4. Kes beribu ekar tanah diteroka secara haram dlm kaw hutan simpan pula diraub harap kerajaan negeri bertindak tegas...pihak sprm jalankan tugas anda jgn sesiapa terlepas yg bagi dan terima rasuah sumbat semua dlm penjara....

    BalasPadam
  5. Tengkorak ko awanama,,
    Denda saman sita dulu peneroka haram to,,
    Dh thu x de geran yg g ceroboh buat pe
    Ingat tanah bapak hang ke,,,
    Bodoh serupa babi,,,,

    BalasPadam
  6. Wah hebat kera jaan Pee H menolong kaum Melayu dengan merobohkan kampung Melayu dan gerai Melayu. Adakah Pee H berani merobohkan kampung China dan gerai china ??? Jika masih ada orang Melayu sokong Pee H, lembu akan ketawa tergolek-golek.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.