Header Ads

Header ADS

SPRM Kumpul Maklumat Ladang Durian Haram Di Raub


MELAKA –
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengumpul maklumat berhubung isu pencerobohan tanah kerajaan negeri Pahang yang dijadikan ladang durian secara haram di Raub.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata beliau sudah mengarahkan SPRM Pahang mengadakan pertemuan segera dengan beberapa pihak bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu itu.

Katanya, pertemuan dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang serta Pejabat Tanah dan Galian Pahang itu penting bagi memastikan maklumat tepat diperoleh sebelum siasatan lanjut dijalankan.

“Saya juga sudah mengarahkan SPRM Pahang untuk mengadakan kerjasama dengan beberapa pihak berkuasa negeri yang pada ketika ini turut menyiasat isu pencerobohan tanah berkenaan,” katanya.

Beliau memberitahu demikian selepas berdialog dengan media sempena Program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media Zon Selatan di sini, hari ini.

Pada 1 Ogos lalu, Kerajaan Pahang mula bertindak tegas dalam menangani kegiatan pengusaha kebun durian di Raub yang diusahakan secara haram di atas tanah kerajaan negeri.

Tindakan itu dilakukan berikutan kerajaan negeri mengalami kerugian kira-kira RM30 juta dalam tempoh 10 tahun akibat kehilangan hasil cukai tanah dari kebun haram termasuk di kawasan hutan simpan.

Antara kawasan dusun durian di Raub yang terbabit ialah Hutan Simpan Gunung Benom, sekitar Sungai Ruan, Sungai Chalit serta Tranum dan Tras.

#Sumber : – BH Online    

MR : Selama berpuluh tahun duduk tanah haram... apa citer?   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Jika ada isu rasuah, pemberi dan penerima rasuah mesti dihukum sama. Malah, pemberi rasuah mesti dihukum lebih berat krn ia menghina penerima rasuah dengan mainan wang dan kekayaan yg ia miliki.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.