Header Ads

Header ADS

Memang Veveonah duduki peperiksaan


Timbalan Pengerusi Bersatu Sabah, Masidi Manjun, mengesahkan penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin tidak menipu dan memang mengambil peperiksaan akhir secara dalam talian semasa memanjat pokok bagi mendapatkan liputan internet baru-baru ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri Karanaan itu berkata, dia sendiri berjumpa dengan Timbalan Naib Canselor dan Pengarah Asasi Sains UMS untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai perkara itu.

"Veveonah sememangnya mengambil peperiksaan akhir antara 9 hingga 12 Jun, 2020.

“Veveonah merupakan pelajar contoh dan ditawarkan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Marin di peringkat ijazah di UMS,” kata Masidi melalui ciapan di Twitter.

Kenyataan Masidi itu berbeza daripada maklumat disampaikan seorang lagi ahli politik Bersatu Sabah merangkap Anggota Parlimen Kudat, Abdul Rahim Bakri, melalui akaun Facebooknya.

Hantaran Abdul Rahim itu kemudian dipadamkan selepas mendapat kecaman daripada orang ramai.

Sebelum ini Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin dan Abdul Rahim menegaskan Veveonah sebenarnya berlebih-lebihan semasa memuat naik hantaran mengenai kesukarannya mendapatkan liputan internet di Sabah.


Masidi Manjun

Zahidi kemudian mengakui terkhilaf semasa mendakwa personaliti YouTube itu menipu kononnya memanjat pokok semasa menjawab soalan peperiksaan.

Kata Zahidi, dia mendapat maklumat yang tidak tepat semasa memberikan jawapan di Dewan Negara. Justeru Zahidi memohon maaf atas kesilapan tersebut.

Anggota Parlimen Padang Besar itu turut memberitahu mendapat maklumat itu daripada Abdul Rahim yang juga ahli parlimen Kudat.

Isu sebenar bukan peperiksaan

Bagaimanapun, Abdul Rahim mempertahankan dakwaan Veveonah menipu dengan berkongsi laporan daripada ketua kampung bahawa Veveonah tidak menetap di Kampung Sepatalang seperti yang didakwanya.

Pada posting Facebook semalam, Abdul Rahim juga memberitahu seorang dekan fakulti dan pensyarah UMS mengesahkan kepadanya bahawa pada ketika itu (12 Jun) tiada peperiksaan dalam talian dan hanya sekadar kelas biasa.

Bagaimanapun, beberapa rakan sekelas Veveonah tampil untuk menegaskan bahawa mereka sememangnya menduduki peperiksaan dalam talian pada tarikh tersebut.

Sementara itu, Timbalan Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi, Amzad Hashim, menegaskan isu sebenar dalam hal berkenaan bukanlan sama ada Veveona memang menduduki peperiksaan atau tidak.

Sebaliknya kata Amzad isu utama ialah bagaimana kerajaan mengatasi masalah capaian dan liputan internet di kawasan terbabit.


Amzad Hashim

"Bagi saya, isu Veveonah bukanlah isu dia benar benar ada peperiksaan atau tidak, tetapi isu utamanya adalah bagaimana langkah kita untuk memperbaiki jaringan internet di kawasan kawaan yang masih belum mendapat liputan," tulis anggota parlimen Kuala Terengganu dari PAS itu di Twitter.

Setiausaha Agung BN dan anggota Parlimen Ketereh, Annuar Musa, pula menegur pihak yang cuba menafikan realiti itu agar mengatasi masalah yang ada dan menerima kenyataan

Annuar berkata kerajaan perlu mengakui apa yang dilalui Veveonah itu merupakan masalah sama dihadapi oleh penduduk di luar bandar di Sabah dan Sarawak.

"Terima kenyataan bahawa masih banyak kampung di pedalaman Sabah dan Sarawak memerlukan kemudahan infrastruktur yang lebih baik termasuk rangkaian komunikasi.

"Berusahalah mengatasinya dan berhenti daripada menafikan hal itu," tulis Annuar.

MR :  Isu ini perlu dihentikan, selesai masalah internet.. full stop  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Abdul Rahim tu dh ditangkap sebab tularkan berita palsu atau belum..?

    BalasPadam
  2. Bersembang di kedai makan pagi tadi. Menteri Malaysia ni memang takde kerja agaknya sebab kena respond perkara perkara kecil mcm ni

    BalasPadam
  3. Nampaknya MP semua patut kena pergi hadiri kursus kemahiran berfikir "Bagaimana saya boleh selesaikan masalah tanpa trolling?"

    BalasPadam
  4. ok tepat jam 11:00 pagi ini 10 september 2020, kes ini telah tamat dan selesai, tak perlu diperbesar2kan. the case is closed. tumpukan usaha menghadapi covid-19 yang meningkat.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.