Header Ads

Header ADS

Mimpi mengenai Tafsir al-Qurtubiy


Tuan Guru Syeikh Ibrahim Ibn Masran Al-Banjari hafizahullah pernah menceritakan tentang satu mimpinya mengenai Tafsir al-Qurtubiy. Kisah ni dah lama, tapi nak kongsikan di sini.

Ceritanya begini :

Ketika itu Syeikh sangat minat mendengar pengajian tafsir al-quran. Antara kuliah tafsir yg disukai adalah kuliah tafsir yg disampaikan oleh Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang hafizahullah. Syeikh hadir bertalaqqi pengajian tafsir (kuliah pagi jumaat) yg disampaikan oleh Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang sekitar tahun 1995 lalu.

Syeikh juga turut memerhatikan cara Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang memulakan kuliah tafsirnya. Syeikh dapati, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang memulakan kuliah tafsir dgn membaca beberapa ayat2 Al-Quran, kemudian Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang mengambil sebuah kitab drpd muridnya untuk menterjemahkan ayat2 quran yang telah dibacanya. Ternyata kitab terjemah yg digunakan itu ialah terjemahan drpd Tafsir Pimpinan Ar-Rahman. Setelah itu Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang mula menafsirkan ayat2 tersebut satu persatu berpandukan sebuah kitab miliknya.

Syeikh tak tahu kitab apa yg Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang gunakan sebagai rujukannya. Syeikh selalu tertanya2 dlm hatinya sebab syeikh ingin sekali memiliki kitab tersebut buat bacaan dan rujukannya pd masa akan datang. Perkara ini berlarutan beberapa lama. Sehinggalah pada satu malam, dengan izin Allah, syeikh bermimpi. Dalam mimpinya, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang hafizahullah hadir. Syeikh mengucup tangan dan telapak tangan Tuan Guru Hj Hadi. Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang memberikan kpd syeikh sebuah kitab dan berkata : "Bacalah ini !". Syeikh melihat kitab itu adalah Kitab Tafsir Al-Qurtubi.

Syeikh terjaga, keesokkannya syeikh pergi ke rumah datuknya, di situ terdapat banyak kitab2 arab milik pakciknya. Syeikh meminjam tafsir al-qurtubi drpd pakciknya. Setelah itu syeikh membandingkan kuliah tafsir Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang melalui rakaman dengan Tafsir Al-Qurtubi tersebut.

Ternyata isi rujukannya sama dan tepat. Syeikh terus sujud syukur kerana pertanyaannya telah terjawab. Dari situlah syeikh menyimpulkan bahawa Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang menyampaikan kuliah tafsir menggunakan rujukan Tafsir Al-Qurtubi dan diawali terjemahnya menggunakan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman.

Sejak itu, syeikh menjadi kasih dgn tafsir qurtubi. Syeikh juga menggunakan cara yg sama dgn cara Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan kuliah tafsir kerana kasih dan ingin mencontohi Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang hafizahullah yg dianggapnya juga sebagai Guru Besarnya dalam ilmu siasah dan tarbiah.

Antara komentar Syeikh terhadap Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang hafizahullah :

"Beliau adalah ulamak akhirat yg amanah dengan ilmu dan beramal dengan ilmu. Beliau adalah Murabbi Ummah bagi yg mendambakan tertegaknya daulah Islam. Beliau adalah ulamak yg dapat diibaratkan sebagai Kitab Sirah yg menterjemahkan secara langsung suka duka perjuangan Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam dan para Sahabat khususnya dalam siyasah, dakwah dan tarbiyyah. Beliau adalah Guru Besar di tanah air kita dalam ilmu seni politik Islam". Dalam perkara politik Islam, syeikh menganggap bahawa Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang adalah ulamak kepercayaan yg dapat dipegang ijtihadnya kerana beliau adalah ahli dibidangnya.

Syeikh menasihati : "Kerosakan dan kezaliman itu berlaku disebabkan salah dalam menyerahkan sesuatu kpd yg bukan ahlinya, sementara keamanan dan keadilan akan tertegak apabila setiap urusan itu dipikul atau diserahkan kpd ahlinya. Maka hendaklah kita mengenal yg mana satu ahli dan yg mana bukan ahlinya."
 

Baru-baru ini, semasa menghadiri Ijtima' Ulama' Nusantara 1437H, TG Saiyidi Ibrahim telah menceritakan sendiri pengalaman beliau itu kepada TG Haji Abdul Hadi. Sebaik mendengar cerita tersebut, TG Haji Abdul Hadi berasa sangat gembira lantas terus mencium dahi Saiyidi Ibrahim Hafizahumallah.

Jika Syaikh sendiri cukup menghormati dan menyanjungi beliau kita murid muridnya perlu lebih lebih lagi menghormatinya... Allahu Allah.

Semoga Tuan Guru Haji Hadi terus dirahmati Allah...aamin.

#Sumber : FB   

MR :   Semoga Allah berkati mereka semua 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. MASIH RAMAI YANG MENGHINA DAN PERLEKEHKAN ILMUAN ALIM ULAMA PEWARIS NABI...seolah2 yang menghina itu lebih alim dan telah menghasilkan kitab2 SERTA boleh mentadabur alquran hadis dengan jelas.

    BalasPadam
  2. Saya sayang Tok Guru Haji Hadi kerana ilmu dan taqwa yg ada padanya.

    Golongan yang suka memburukkan TGHH adalah mereka yg hatinya sakit dan perlukan rawatan.

    BalasPadam
  3. Semoga Allah memberkati TGHH.Semoga TGHH sentiasa sihat untuk memandu ummah

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.