Header Ads

Header ADS

PAN (AMANAH) anak Derhaka kata Abdul Hadi


MARANG –
Parti Warisan Sabah (Warisan) disifatkan sebagai terdesak apabila mengaitkan Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai anak kepada Pas untuk meraih undi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Amanah dianggap sebagai menderhaka kepada Pas kerana masih menjalinkan kerjasama dengan DAP walaupun selepas parti itu memutuskan keluar daripada Pakatan Rakyat.

“Amanah itu anak derhaka. Kita sudah putus kerjasama dengan DAP tetapi mereka masih nak ikut DAP juga (jadi) kita anggap mereka derhaka. Kalau betul-betul anak dia mesti taat kepada ibu bapa.

“Boleh jadi mereka terdesak dan merayu, itu satu langkah yang tidak bijak.

“Kita sudah tahu parti Warisan bekerjasama dengan DAP maka kita minta orang kita jangan sokong parti itu bersama rakan-rakan yang bergabung dengan mereka,” katanya selepas menyampaikan kuliah secara dalam talian di Masjid Rusila, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian ketika diminta mengulas video yang memaparkan kenyataan Ketua Wirawati Warisan Bahagian Putatan, Izzatul Aini Nissanso yang mendakwa Amanah adalah anak Pas.

Dalam rakaman yang tular itu, Izzatul Aini dilaporkan berkata, ahli-ahli Pas perlu mengundi Rosdy Wasli kerana pembawaan calon Amanah yang bertanding di DUN Tanjung Keramat itu sama seperti wajah pemimpin Pas.

Menurut Abdul Hadi, beliau berharap ahli dan para penyokong Pas di Sabah tidak mudah terpedaya dengan helah dimainkan pihak lawan sebaliknya konsisten memilih calon daripada parti yang menyertai Gabungan Rakyat Sabah.

Beliau sekali lagi mengulangi pendirian Pas bahawa parti itu bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dan seluruh jentera Pas di Sabah dikerah untuk bekerja memenangkan gabungan itu.

“Saya juga sudah menggerakkan kepimpinan Pas Pusat ke sana (Sabah) termasuk Timbalan Presiden, Setiausaha Agung, Ketua Pemuda dan lain-lain untuk membantu di sana,” katanya.

#Sumber : SH   

MR :    Anak buluh bentong


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


17 ulasan:

  1. Amanah derhaka
    Ya allah pas masuk neraka
    Hancurlah ya allah pas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Allah, selamatkanlah parti pas, pemimpin2nya dan seluruh pemimpin dan ummah yg memperjuangkan agama Islam. Bukakan hati mrk2 yg sesat agar menuju ke jalan yg benar.

      Padam
    2. Ya Allah Engkau kuburkan lah parti AMANAH. Sesungguhnya Engkau lebih tahu ya Allah.

      Padam
  2. 2 komen di atas...KHIANAT DAN MENIPU ADALAH SIFAT2 MUNAFIKUN DITAMBAH DENGAN FITNAHH...RUJUK HADIS SAHIH CELAAN NABI ATAS MEREKA MENINGGALKAN JEMAAH ISLAM...BUKAN HANYA UTK SOLAT JEMAAH MALAHAN SELRUH AMALAN ATAS KEYAKINAN ISLAM AGAMA SYUMUL....FITNAH RM9OJUTA YANG SENTIASA DIDENDANG PANKHIANAT DAN SEKUTUNYA AKHIRNYA ALLAH TUMBANGKAN ATAS TANGAN2 NEREKA SENDIRI.

    BalasPadam
  3. Sejarah tidak menipu KHIANAT yang dibelakang nama AMANAH lahir atas kekecewaan TIDAK DIPILIH dan diANGKAT semasa MUKTAMAR dan bermula GHB GERKAN HARAPAN BARU.KALAH dalam perjuangan tidak terpilih dimuktamar dan didukung oleh kuat dap...sila rujuk HUSAM MUSA

    BalasPadam
  4. PANkhianat lebih sesuai

    BalasPadam
  5. Derhaka pada bapak dah sesat takpa kot.

    BalasPadam
  6. Yang sesat ialah kluster PANkhianat...sesat kerana pilih jadi barua dogpig dengan mengadaikan jatidiri Islam

    BalasPadam
  7. Kalau tak faham berusaha untuk faham, kalau tak tahu lebih baik diam dan berusaha untuk tahu semuga tidak dibicarakan di Yaumul Hisab.

    BalasPadam
  8. Pankhianat sesuai untk PAN

    BalasPadam
  9. Lepas ni pas ada can kena sailang dengan bersatu pulak. tunggu n lihat

    BalasPadam
  10. Syarat sokong PAN ialah bodoh. Tiada hujah ilmiah,akademik dan syarak. Apa PAN perjuangkan?Islam?Melayu?Semua tidak.Waktu islam dipersenda, PAN tutup mulut kerana nak menjaga hati DAP.Contoh ketua PAN? Anak mat sabu ganja di disko.Anak Husam jual pil kuda.Apa yang nak dipertahankan PAN,melainkan sedia jadi barua kepada DAP

    BalasPadam
  11. Muka tak leh percaya.
    Tengok kelakar.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.