Header Ads

Header ADS

Muhyiddin Masih PM kerana AG sahkan dia masih PM, Agong tak titah dia menghadap


Muhyiddin Yassin hari ini berkata bahawa peguam negara mengesahkan bahawa dia masih adalah perdana menteri dan belum dititahkan ke istana negara.

Bercakap pada majlis rapat umum dan semarak Perikatan Nasional (PN) di Tambunan, Sabah, hari ini, Muhyiddin berkata jika dirinya bukan lagi perdana menteri yang sah, dia yakin akan diarahkan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

“Saya pun rujuk soal itu kepada AG (peguam negara). Adakah saya masih PM?

“(AG kata) Ya saya masih PM.

“Tak apa saya tidak hilang kuasa. Kalau ada tunjuk bahan bukti,” katanya.

Menurut Muhyiddin, jika dia tidak lagi layak sebagai perdana menteri, dia mempunyai dua pilihan - letak jawatan, atau mengesyorkan agar Seri Paduka berkenan membubarkan Parlimen.

“Kalau Agong perkenan untuk bubar, maka parlimen bubar dan Anwar (Ibrahim) menjadi PM menunggu sahaja,” katanya.

Pada hari Rabu lalu, presiden PKR itu mendakwa bahawa Muhyiddin tidak lagi mendapat sokongan majoriti ahli parlimen dan dengan itu kerajaannya telah jatuh.

Anwar mendakwa bahawa dia mendapat sokongan majoriti tetapi tidak menyebut senarai wakil rakyat yang menyokongnya sementara menunggu perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, yang sedang menjalani rawatan perubatan.

Dakwaan Anwar itu diperkuatkan lagi dengan kenyataan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi yang mengakui bahawa dia sekarang mendapat sokongan "ramai" ahli parlimen Umno.

Hari ini adalah kali pertama Muhyiddin secara terbuka mengulas kenyataan Anwar itu.

"Dia (Anwar) buat kenyataan dan apabila kita tanyakan siapa yang sokong dia dan siapa yang telah memberikan SD (akuan bersumpah) untuk menyokong dia, dia tidak menjawab, dia kata tunggu lagi.

“Tetapi setakat hari ini saya sendiri pun tidak tahu, kenyataan itu mungkin betul mungkin tidak,” kata Muhyiddin.

Menurutnya, terdapat keraguan jika Anwar benar-benar mendapat sokongan ahli parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan beberapa pemimpin Umno seperti yang didakwa.

“Setakat hari ini, saya tidak tahu kenyataan (Anwar) itu betul atau tidak...Saya ragu lagi, betul ka atau ini pernyataan politik?" katanya.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata semua ahli parlimen GPS juga telah menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinannya dan menafikan memberi sokongan kepada Anwar.

Malah, menurutnya beberapa ahli parlimen Umno yang dikatakan menyokong Anwar juga telah menafikan sokongan berkenaan.

“Dalam beberapa hari selepas pengumuman (Anwar) itu banyak kenyataan daripada Ahli Parlimen Umno yang menafikan. Mereka tidak masuk dalam senarai itu.

“Saya masih perdana menteri yang sah. Ini (pentadbiran negara) isu besar. Soal Covid-19 belum selesai lagi.

“Tetapi, saya bukan gila kuasa. Saya mengurus perkara sebaik-baiknya,” kataya sambil menambah dia tidak keberatan jika akhirnya dia menjadi perdana menteri dengan tempoh paling singkat di negara ini.

"Itu tak kisahlah. Saya rasa saya sudah buat kerja saya," katanya.

MR :   Ya itu logik, itu pun Agong belum jumpa Anwar.. apa citer 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.