Header Ads

Header ADS

3 kemungkinan selepas ‘Langkah Meroyan Anwar’


Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengumumkan dia mempunyai majoriti cukup untuk membentuk kerajaan baru.

Bagaimanapun, jalan tidak semudah itu buat Anwar. Pelbagai kemungkinan masih boleh berlaku.

Berikut kemungkinan-kemungkinannya:

(1) Muhyiddin dapatkan kembali sokongan, kekal jadi PM

Jika dakwaan Ahmad Zahid Hamidi bahawa ramai anggota parlimen BN dan Umno kini menyokong Anwar ternyata benar, bermakna Muhyiddin Yassin telah hilang majoriti.

Muhyiddin, bersandarkan pengundian bagi menggantikan speaker Dewan Rakyat pada 14 Julai lalu, mempunyai sokongan 113 anggota parlimen sahaja.

Bagaimanapun, sementara Anwar menunggu peluang untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, Muhyiddin masih mempunyai peluang mendapatkan kembali sokongan yang dikatakan hilang itu.

Muhyiddin masih mempunyai kelebihan sebagai pemimpin nombor satu negara.

Dia juga boleh membuktikan majoritinya melalui undi percaya di parlimen.

Ini kerana kenyataan bersama beberapa setiausaha agung parti yang menyokongnya semalam tidak benar-benar membuktikan dukungan diterimanya daripada anggota parlimen.

Parlimen akan bersidang pada 2 November depan.

(2) Muhyiddin bubar parlimen

Jika gagal mendapatkan kembali sokongannya, Muhyiddin masih boleh menasihati Seri Paduka untuk membubarkan parlimen, sekali gus membawa kepada pilihan raya umum.

Bagaimanapun ini dilihat sebagai langkah terakhir kerana ia tidak semestinya memberi kelebihan kepada Bersatu yang dipimpinnya.

Setakat ini masih tiada jaminan Umno dan PAS akan akan bersama dengannya.

Sebagai parti baru, kekuatan akar umbi Bersatu juga dilihat masih belum setanding dengan Umno, PAS atau jentera Pakatan Harapan pimpinan Anwar.

Jika Seri Paduka berkenan menerima nasihat pembubaran Parlimen, ia mungkin berlaku tidak lama selepas pilihan raya Sabah.

Dan Muhyiddin pula akan mencatat sejarah sebagai perdana menteri paling singkat memerintah negara ini.

(3) Agong benarkan Anwar buktikan majoritinya

Sementara itu, Agong mungkin menerima mengadap Anwar atau mana-mana pihak yang boleh membuktikan mereka cukup sokongan untuk membentuk kerajaan baru.

Baginda untuk mewawancara seorang demi seorang seperti yang berlaku sebelum ini sebelum melantik seorang perdana menteri baru.

Jika Anwar berjaya membuktikan sokongan diterimanya, anggota parlimen Port Dickson itu akhirnya akan menamatkan gelaran “bakal perdana menteri” yang disandangnya sejak sekian lama.

Paling menarik dia akan menjadi perdana menteri ketiga berkhidmat untuk tahun ini.

MR :  Anwar meroyan, semua orang ikut meroyan... termasuk atok  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. Boring anwar nie..anwar dah x relevan

    BalasPadam
  2. Anon hanya pandai merosakkan negara dengan aksi2 demo dan kelakuan mengejutkan. Dia tak berguna untuk rakyat. Wajar pemilihan perdana menteri dibuat oleh rakyat terus darpada sistem sekarang ni.

    BalasPadam
  3. Mati beranganlah anwar oooo

    BalasPadam
  4. Tolong lebih focus pada ekonomi rakyat.. gawat ni rakyat yg rasa... hal2 parlimen ni.. dah muak lah.. x

    BalasPadam
  5. Aku dpt rasakan mmg ada org umno iaitu org zahid n najib yg akan myokong anuar stelah mmbuat perjanjian apbila anuar mnjadi p.m kes najib n zahid akan ditutup..xmustahil pkara ni terjadi..masing2 smua ada kpentingan n keuntungan sndiri..sorang gila kuasa 2 org yg ingin kes nya ditutup..klau la btol terjadi..bg aku diorang mmg ,,,,,.. ....sila isi tmpt kosong tu ye.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.