Header Ads

Header ADS

Umno pun ada yang nak tanya PAS jawab Asyraf Wajdi kepada Takiyuddin


PAS boleh mendapatkan penjelasan daripada Umno berhubung sokongan majoriti pemimpin parti itu untuk membentuk kerajaan baru bersama Presiden PKR Anwar Ibrahim, minggu depan.

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki, berkata ini kerana perikatan itu akan mengadakan mesyuarat Induk Muafakat Nasional secara tertutup, minggu depan.

"Fokus PRN Sabah dahulu, minggu hadapan dalam Mesyuarat Induk Muafakat Nasional secara tertutup, pimpinan boleh dapatkan penjelasan atas semangat musyawarah,” katanya.

Asyraf juga berkata Umno juga memerlukan penjelasan PAS antaranya susulan tindakan politik parti itu.

"Sama-sama perlukan penjelasan termasuk kemasukan PAS sebagai komponen parti dalam Parti Perikatan Nasional," tulis Asyraf di Twitter, sebentar tadi.

Asyraf mengulas tuntutan PAS supaya Umno memberi “penjelasan sejelas-jelasnya” berhubung sokongan ramai pemimpin parti itu untuk membentuk kerajaan baru bersama Anwar.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata jika benar berlaku, bermakna Umno melanggar piagam Muafakat Nasional yang dipersetujui kedua-dua parti tahun lalu.

Takiyuddin Hassan 

Kelmarin Anwar mengumumkan dia memiliki majoriti kukuh bagi membentuk kerajaan baru.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi pula selepas itu berkata dia difahamkan ramai ahli parlimen parti itu dan BN menyokong Anwar.

Dia malah berkata menghormati pendirian itu dan tidak dapat menghalangnya.

Bagaimanapun seorang demi seorang ahli parlimen Umno sudah menafikan mereka menyertai kumpulan Anwar setakat ini.

Anwar belum mendedahkan jumlah sokongan diperolehnya kerana ia perlu dipersembahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong terlebih dahulu.

MR :  Patutnya perkara ini bincang secara tertutup. Nak gaduh gaduh dlm bilik tu  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. kalau pn hancur aku lebih suka PAS bekerjasama dgn PPBM. lagi pun bukan semua MP UMNO yg suka Anwar. PAS in sya Allah tak akan sokong Anwar sampai bila2 selagi Anwar bersama PAN dan DAP. Lagi pun aku yakin 90% pengundi Melayu akan tolak parti yg bersekongkol dgn DAP. PPBM dgn PAS in sya Allah boleh memerajui kerajaan.

    BalasPadam
  2. Zahid Hamidi akan sokong Anwar sebab kononnya Anwar akan selamatkan dia dari kes mahkamah. kat sini kita dah nampak siapa yg korup. Jadi kita rakyat Malaysia jangan mengundi parti atau pemimpin yg korup. bila berkempen berdegar2 tolok pemimpin yg korup tapi kerana gila kuasa nak jadi PM pemimpin yg korup pun boleh diselamatkan.

    BalasPadam
  3. Bodohnya asraf,,pas parti tungal tiada gabungan dgn mana2 parti ikut suka paslah nak masuk parti mana,,,,mn bukan ikatan politik tolol asraf,,,,kalau mn tak ujud umno lama dah mampus,,pas tk kisah pun mn bubar tapi ingat mn bubar umno bakal mampus selamanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku rasa pas yang berkubur nanti

      Padam
    2. Orang bodoh berlapis-lapis sahaja yang akan berkata 'pas yang berkubur nanti' kerana sebelum ini pun sudah ramai orang (termasuk professor kangkung) yang berkata demikian tetapi hakikatnya parti Islam PAS semakin kukuh, kuat, teguh dan mantap sekarang.

      Kaum Melayu sebagai kaum majoriti membenci parti kafir harbi dan khadam-khadam liberalnya kerana mereka telah menghina Islam dan menafikan hak umat Islam.

      PRU-15 akan menjadi paku terakhir untuk keranda politik Pee H.

      Padam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.