Header Ads

Header ADS

Muhyiddin minta saya 'slow' sikit, kata Osman


Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin telah menasihati bekas Menteri Besar Johor Osman Sapian berhubung tindak tanduknya sehingga menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

Perkara tersebut diakui sendiri Adun Kempas itu ketika ditanya sama ada Muhyiddin yang juga perdana menteri, ada menyatakan sesuatu kepadanya mengenai tindakannya menghadiri program Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) di Slim, Perak, bulan lepas.

Osman berkata Muhyiddin yang juga Adun Gambir, sempat memberikan nasihat "secara santai" ketika bertemu pada sesi sidang DUN Johor, pada Khamis lepas dan hari ini.

“Beliau (Muhyiddin) cakap dengan saya ‘slow’ sikitlah, jangan cakap banyak,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas persidangan DUN Johor di Kota Iskandar, di Iskandar Puteri, hari ini.

Sebelum ini, tular video yang menunjukkan Osman, Ketua Bersatu Bahagian Ayer Hitam, dipercayai sedang berucap berkempen menyokong calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim.

Namun, Osman dilapor sebagai berkata kehadirannya di program itu hanyalah sekadar bertemu rakan lama sambil makan angin dan tiada kaitan dengan hal politik.

#Sumber :  -Bernama  

MR :   Slow?? 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Huhu.. itulah perangai Muhyidin.. penakut.. semua isu2 yg sensitif nak disoroknya bawah karpet.. inilah masa nak perjuangkan tulisan jawi dan isu2 yg dimeroyankan UMNO dan PAS tu.. kenapa senyap? Dah dapat kuasa? Dah dapat habuan? Zaman PH dulu semua isu sensitif rilek je diorang isukan walaupun tau sensitif tak popular dan mungkin hilang sokongan.. mereka berani sbb mereka tau mereka benar.. dapat kat PN terus jadi kecut telur padahal majoriti melayu tu..

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.