Header Ads

Header ADS

Tuan Ibrahim kecewa PAS dianggap tak sesuai di Sabah, Sarawak


Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak, termasuk dalam parti dan sekutunya, yang menganggap agenda perjuangan parti itu tidak sesuai di Sabah dan Sarawak.

Anggota Parlimen Kubang Merian itu menegaskan agenda yang dibawa oleh PAS sesuai untuk semua kaum dan agama.

"Sebab itu saya dukacita bila ada pimpinan...rakan-rakan kita menyebut PAS tak sesuai di Sarawak dan sebagainya.

"Kita melihat agenda perjuangan yang kita bawa ini sesuai untuk semua agama," katanya dalam ucapan penangguhan pada Muktamar PAS ke-66, di Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu isu ketiadaan calon PAS dalam PRN Sabah hangat diperkatakan apatah lagi selepas dilaporkan menyasarkan untuk bertanding di 10 kerusi di negeri itu.

Terdahulu, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Jeffrey Kitingan berkata keputusan tersebut disebabkan sentimen di peringkat akar umbi.

Hari ini pula seorang perwakilan dari Sabah ketika sesi perbahasan tengah hari tadi mengingatkan pimpinan agar berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang dibimbangi tidak sesuai dengan masyarakat di Borneo.

Aliakbar

Menurut Setiausaha PAS Sabah Dr Aliakbar Gulasan, kenyataan seumpama itu mungkin tiada masalah di negeri lain tetapi tidak sesuai di Sabah dan Sarawak, dan pihaknyalah yang perlu berdepan dengan masyarakat di sana.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim menggesa PAS perlu menerjemahkan agenda perjuangannya di saat menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan.

"PAS mesti menjadi juara dalam menentang penyelewengan rasuah kerana PAS parti paling berintegriti," katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menjelaskan berlaku kemerosotan dalam pendaftaran ahli baru PAS pada tahun ini susulan wabak Covid-19.

Menurutnya, sehingga September tahun ini seramai 29,504 sahaja keahlian baru dicatatkan berbanding 46,560 sepanjang tahun lalu.

"Kempen untuk menarik keahlian akan kembali dijalankan dengan giat dan cuba meningkatkan bilangannya dalam tempoh tiga bulan akan datang.

"Jumlah keahlian PAS (yang dicatatkan) hingga 20 Ogos adalah 806,159 dan ia membabitkan yang aktif sahaja kerana setiap tahun pejabat agung membuat pemutihan, yang tak aktif ramai, jika termasuk bilangannya melebihi 1 juta," katanya.

Menurutnya, keahlian dari Kedah paling tinggi direkodkan iaitu seramai 170,342 orang, diikuti Kelantan (131,362) dan Terengganu (110,087).

MR :    PAS akan diterima semua rakyat Malaysia apabila peminpin PAS tunjuk kerja baik dlm kerajaan


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Man-man lah.
    Kita baru dapat jadi kerajaan. Nanti bila kita tunjukkan kemampuan kita barulah kita boleh ambil alih tampuk kepimpinan. Sabarlah. Jangan gopoh. Bila gopoh yang dicapai tak dapat, yang dikendong berciciran.
    Persetankan mereka yang hanya tahu komen tetapi tidak tahu bagaimana utk bergerak secara berpasukan.
    Yang saya tahu ada yang pangkat Professor tapi kerja one man show lagak sana sini, tak reti buat kerja sebab perangai aloof macam orang bodoh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In sya Allah. Istiqomah hingga ke penghujung dunia.

      Padam
  2. PAS perlu berhati-hati dan tegas dengan rakan sekutu sebab Kita bimbang PAS akan menjadi batu loncatan untuk sekutu berkuasa. Jangan jadi seperti habis madu sepah dibuang. Semua pemimpin PAS perlu bersikap pro-aktif bukan reaktif dan bijaksana bukan menjadi yes man sahaja.

    Pee H pula tidak boleh diharapkan langsung sebab Pee H telah berjaya memecahkan rekod dunia kerana berjaya kencing rakyat secara berjemaah.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.