PAS bukan 'hotel persinggahan', kata Hadi
Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata parti itu tetap kuat dan utuh walaupun diuji dengan pebagai cabaran termasuk pernah dikhianati mereka yang dahulunya bersama parti itu.
Sehubungan itu, Hadi menjelaskan PAS bukanlah sebagai ‘hotel persinggahan’ dan bila melihat PAS sedikit tergugat, mereka meninggalkan parti itu demi mengejar sesuatu yang kononnya menguntungkan mereka.
“Mereka jadikan PAS sebagai ‘hotel persinggahan’ kerana mereka mahukan kemenangan mudah, tetapi PAS dengan perjuangan Islam tetap utuh, dan tidak pernah jatuh.
“PAS cukup matang dalam berpolitik, kerana kita pernah ‘bertahaluf’ dengan banyak parti sejak dahulu dan walaupun meninggalkan dan ditinggalkan mereka, kita tetap istiqamah dan terus matang,” katanya dalam ucapan penggulungan presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-66, di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di Pengkalan Chepa di Kota Bharu, hari ini.
Muktamar itu berlangsung sehari bermula pagi tadi, dalam keadaan normal baru dengan kehadiran kira-kira 400 perwakilan, sebagai mematuhi prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), bagi membendung penularan wabak Covid-19.
Abdul Hadi mengambil contoh ketika Pilihan Raya Umum 1990, PAS bertahaluf dengan Semangat 46 dan menang di Kelantan, dan kemudiannya parti itu dibubarkan, namun PAS tetap teguh di negeri berkenaan sehinggalah sekarang.
“...Kerana perjuangan kita yang istiqamah inilah, kita tetap berdiri dan akhirnya kita merampas Terengganu dan juga bersama Perikatan Nasional di Kedah,” katanya.
Dia berkata, PAS akan terus menerangkan kepada rakyat di negara ini mengenai perjuangan parti itu, agar rakyat terutama bukan Islam dapat memahami keadaan tersebut dan bukannya membuat tafsiran, yang kononnya Islam adalah kolot.
“Pendekatan ini memerlukan masa dan ia sangat mencabar. Ia agar mereka benar-benar memahaminya,” katanya.
#Sumber : -Bernama
MR : Kalau faham, buat faham
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Boleh tak jgn kaitkan PAS dgn perjuangan Islam.. tak kene tu.. buat malu Islam.. PAS dah lari jauh dari Islam.. makin dekat dgn syiah adelah sbb gunakan takiyah dalam perjuangannya.. memaki.. memfitnah.. melabel.. menipu.. tu semua cara orang2 syiah.. yg meninggalkan PAS tu semua dah sedar yg pemimpin PAS dah sama dgn UMNO dan Bersatu punye perangai.. kesian ahli2 bawah yg taasub tu.. kene ingat kenapa kau dapat perintah Terengganu.. bukan sebab kau kuat tapi sbb BN tgh lemah.. nanti diaorang dah kuat kau akan dipatuk lagi..
BalasPadamAku doakan semoga 14 September 2020 1:04 PG di beri hidayah oleh Allah swt. In sya Allah.
PadamKalau pas lemah..kenapa terengganu ph x jadi kerajaan.
PadamSemua orang tahu yang meninggalkan PAS itu bukanlah semua dah sedar ataupun PAS lari jauh dari Islam, tetapi mereka semuanya adalah satu kluster pengkhianat yang telah ditolak oleh akar umbi dan perwakilan muktamar kerana mereka ini tidak sesuai untuk PAS tetapi kluster lebih sesuai untuk munafiq, liberal dan dogpig. Spesis ini termasuklah anon 1:04 yang tak suka kaitan PAS dengan Islam kerana pemahaman songsang terhadap Islam
PadamYang kuat maki hamun tu ialah Fader Mader Elefen fait Elefen yang pernah gelar Anwar Al Juburi. Sekarang dia duduk dalam PAN dan bukan lagi ahli PAS.
PadamKamu ketinggalan bas.