Header Ads

ads header

Flash News

Nak jadi pejuang tak boleh terasa, kena jiwa besar – Nasrudin


PUTRAJAYA –
Pas tidak terasa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung kenyataan partinya yang tidak menghalang mana-mana ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, ini kerana kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Zahid disifatkan sebagai umum dan beliau membacanya di laman sosial Facebook.

“Nak jadi pejuang tak boleh mudah terasa, kena berjiwa besar, kena bersifat demokratik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dengan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia dan Institusi Pondok di sini hari ini.

Nasrudin ditanya wartawan mengenai pandangannya selaku anggota Pas berhubung rasionalnya kenyataan Ahmad Zahid itu ekoran partinya yang turut berada dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

Mengulas lanjut Nasrudin tidak mengambil kira kenyatan Anwar semalam yang menyatakan telah mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen untuk menubuhkan sebuah kerajaan baharu.

Ini kerana beliau berkata, Ketua Pembangkang itu tidak menunjukkan bukti senarai ahli Parlimen yang menyokongnya apatah lagi mengemukakan bukti bahawa beliau telah mendapat perkenan daripada Yang diPertuan Agong.

Tambah beliau, Pas tetap dengan pendirian bahawa 18 Ahli Parlimen parti itu akan berdiri teguh dengan Perikatan Nasional sebagaimana yang telah ditekankan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam.

#Sumber : – MalaysiaGazette   

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan