Header Ads

Header ADS

Mahu bentuk kerajaan baharu, persoalan siapa sokong Anwar belum terjawab


KUALA LUMPUR, 24 Sept —
Dakwaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan majoriti bagi menubuhkan kerajaan menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Hal ini berikutan hanya Parti Amanah Negara (Amanah) mengesahkan 11 ahli parlimennya bersama Anwar selain DAP yang berjanji akan berbuat demikian seandainya pemimpin PKR itu mempunyai cukup sokongan.

Menjangkakan Pakatan Harapan (PH) memberikan sokongan penuh 91 kerusi, Anwar memerlukan baki 21 ahli parlimen untuk mendapat majoriti mudah 112 kerusi.

Wakil rakyat lain dari blok pembangkang mungkin terdiri daripada Parti Pejuang Tanah Air (5), Parti Warisan Sabah (9), Upko (1), Parti Sarawak Baru (2) dan satu lagi dari Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Jika dijumlahkan, Anwar masih memerlukan tiga wakil rakyat dari blok kerajaan untuk mendapat majoriti mudah.

Bagaimanapun, wujud kemungkinan Warisan dan Pejuang tidak memberikan sokongan kerana menentang Anwar.

Sumber dari PKR mendakwa perbincangan bersama Bersatu dan Umno sudah berlarutan sejak beberapa bulan lalu.

“Kami mensasarkan sekurang-kurangnya 20 wakil rakyat yang akan melompat.

“Jika semua berjalan lancar, Anwar mampu mendapat sokongan 122 daripada 222 wakil rakyat dengan tertinggi 138 kerusi,” kata sumber berkenaan.

#Sumber : MM   

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. ANWAR SUDAH GILAA KERANA KESAN SUMPAHHH LAKNAT.BIJAK PANDAI berkata jangan lain orang GILA nanti kita pun jadi GILA...ANWAR layak jadi PM KHAS d TJG RAMBUTAN dan TAMPOI...GILA TERPAKSA MERUJUK DAN MENJILAT MUNTAH NAJIS UMNO DAN BERSATU yang dianggap pintu belakang.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.