Header Ads

ads header

Flash News

Nilai dagangan komoditi catat RM82 bilion separuh pertama tahun ini


PUTRAJAYA:
Sektor agrikomoditi mencatatkan nilai dagangan sebanyak RM82 bilion manakala imbangan dagangan RM45.5 bilion bagi tempoh 6 bulan pertama tahun ini.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Khairuddin Aman Razali berkata, pendapatan eksport produk agrikomoditi membabitkan sub sektor sawit, getah, kayu-kayan, koko, lada dan kenaf adalah RM63.7 bilion atau 14.2% daripada keseluruhan pendapatan eksport negara.

“Nilai eksport komoditi mengalami sedikit peningkatan iaitu 4.3% berbanding tempoh sama pada 2019 disumbang oleh eksport produk utama seperti minyak sawit, oleokimia berasaskan sawit dan sarung tangan getah.

“Nilai eksport produk sawit meningkat 3.2% kepada RM33 bilion berbanding tempoh sama tahun sebelumnya,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan kementerian hari ini.

Mengenai eksport produk getah, ia turut menunjukkan peningkatan iaitu 18.3% bagi tempoh sama dengan nilai eksport sebanyak RM17.8 bilion.

Khairuddin berkata, walaupun nilai eksport mengalami peningkatan, kuantiti eksport produk agrikomoditi menunjukkan penurunan seperti peningkatan eksport produk sawit menurun 12.3% kepada 12.1 juta tan.

Selain itu, katanya, pada suku kedua 2020, aktiviti di peringkat huluan dan hiliran sektor agrikomoditi turut menyumbang sebanyak 7.1% atau RM20.6 bilion kepada jumlah keseluruhan KDNK negara.

Dalam majlis itu, beliau turut mengumumkan pindaan visi dan misi baru kementerian selaras perubahan nama kementerian daripada Kementerian Industri Utama kepada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) serta perubahan pucuk pimpinan baharu dan penggunaan terma agrikomoditi.

Visi dan misi baru itu adalah menjadikan Malaysia peneraju agrikomoditi yang berdaya saing dan lestari di pasaran global bagi kemakmuran bersama manakala misi pula meningkatkan daya saing global Malaysia menerusi produk agrikomoditi bernilai tinggi dan lestari.

Penggunaan terma agrikomoditi mendapat pengesahan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka pada 9 Julai lalu dan mula digunakan secara meluas bagi merujuk kepada aktiviti pertanian bawah KPPK.

#Sumber :  FMT  

MR :   Tahniah 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Kalau betul kenapa kerajaan tak tambah bantuan untuk Rakyat, rakyat tengah susah

    BalasPadam
  2. Kalau betul kenapa kerajaan tak tambah bantuan untuk Rakyat, rakyat tengah susah

    BalasPadam