Header Ads

ads header

Flash News

Parti Muda Syed Saddiq rupanya ciplak


Muda!, NGO yang berpangkalan di Johor, berkata bekas menteri belia dan sukan Saddiq Syed Abdul Rahman ciplak identitinya dalam pembentukan parti politik baru yang menggunakan singkatan sama.

Pengasas Muda! Onn Mahathir memberitahu bahawa mereka sudah didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada 2018.

“Kalau Seyd Saddiq buat parti politik, patut ada idea barulah. Sebab masa dia dalam Bersatu dulu pun, dia tak guna (istilah) sayap pemuda, dia guna sayap Armada.

“Jadi, bila dia dapat idea parti baru dan logo yang mirip dengan kita, sy rasa dia ketandusan idea,” kata Onn.

Syed Saddiq mendaftarkan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) semalam yang menghimpunkan pemimpin penaja pelbagai latar, termasuk golongan profesional, usahawan, aktivis dan ahli akademik.

Walaupun menggunakan singkatan sama, NGO itu menambah tanda seru pada singkatan nama mereka.

Sampai hari ini Syed Saddiq belum memberi maklum balasnya tentang isu ciplak ini.

MR :  Geng PH bekas PH semuanya kaki kencing, kaki ciplak  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan: