Header Ads

ads header

Flash News

PAS akan hadapi dilema jika Umno-PPBM bertembung


PETALING JAYA:
Penganalisis politik menjangkakan PAS akan menghadapi dilema sekiranya percakaran Umno
dan PPBM membawa kepada pertembungan, terutamanya menjelang pilihan raya umum akan datang.

Azizuddin Mohd Sani, dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata PAS perlu mesra dengan kedua-dua parti Melayu itu kerana sedar ia tidak akan menjadi kerajaan jika bersendirian.

Namun, sekiranya percakaran Umno dan PPBM berterusan, PAS akan terpaksa membuat pilihan antara Umno yang mempunyai akar umbi yang kuat, atau PPBM yang mempunyai seorang perdana menteri yang popular.

“Umno ada kekuatan dan PPBM pula ada kuasa,” katanya kepada FMT. “Tanpa PAS kerajaan Perikatan Nasional juga tidak wujud, tetapi apakah ia mampu diterjemahkan dalam PRU akan datang.”

Azizuddin Mohd Sani.

Sekiranya parti Islam itu terpaksa membuat pilihan, Azizuddin berkata di peringkat akar umbi, PAS akan lebih kuat bersama Umno kerana akar umbi parti Melayu itu lebih kuat berbanding PPBM.

“Jika bertembung sesama sendiri, ia akan beri kesan kepada keputusan PRU,” tambahnya.

Azizuddin bagaimanapun mengingatkan PPBM tidak boleh diketepikan.

“Muhyiddin Yassin (presiden PPBM) sebagai perdana menteri popular dalam kalangan rakyat berbanding pemimpin Umno,” tambahnya.

Sebelum ini, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata PAS tidak boleh berpisah dengan kedua-dua parti itu. PAS mempunyai kerjasama dengan Umno menerusi Muafakat Nasional, dan dengan PPBM menerusi Perikatan Nasional.

Umno sebelum ini mengumumkan tidak menyertai PN. Meskipun beberapa pemimpin Umno mengalu-alukan penyertaan PPBM dalam MN, Timbalan Presiden Mohamad Hasan berkata akar umbi parti Melayu itu sebenarnya tidak selesa dan tidak bersetuju dengan idea itu.

Pemerhati politik, Mohd Sayuti Omar berkata PAS akan berada pada kedudukan lebih baik sekiranya ia lebih kuat dan bukan sekadar “king maker” untuk Umno dan PPBM.

“Saya lihat, PAS meletakkan dirinya kepada siapa yang dia boleh berikan manfaat. Dalam konteks hari ini, dia bersama PPBM kerana Muhyiddin perdana menteri tetapi bila esok Zahid Hamidi (presiden Umno) menjadi perdana menteri, dia akan bersama Umno,” katanya.

Dengan sejarah panjang 69 tahun, Sayuti berkata PAS merupakan parti politik yang besar dan boleh diterima orang Melayu.

“PAS sepatutnya menunjukkan prinsipnya, dia boleh sokong mana-mana parti dan turut memperkuatkan kedudukannya sendiri,” tambahnya. “PAS sepatutnya menjadi raja, bukan hanya ‘king maker’.”

Azizuddin pula mendakwa sikap PAS untuk terus bersama MN dan dalam masa sama bekerjasama dengan PN “akan menyebabkan rakyat sedikit keliru”.

“PAS berada di semua sudut selagi ada kuasa dan kepentingan politik. Memang ia memberi kebaikan kepada PAS, tetapi akan menyebabkan pengundi rasa tidak selesa,” katanya.

Beliau mahu lihat bagaimana PAS akan selesaikan hal penggunaan lambang pada pilihan raya umum akan datang.

“Jika Umno mahu bertanding bawah Barisan Nasional dan tidak mahu bertanding bawah PN, jadi bagaimanakah keputusan PAS?

“Apakah akan mengikuti keputusan di Sabah ketika ini, bahawa PAS sedia bertanding menggunakan lambang BN, atau mereka bertanding menggunakan lambang PAS?” katanya.

Hadi bulan lepas mengumumkan PAS sedia menggunakan lambang BN jika ia bertanding Pilihan Raya Negeri Sabah, jika sekutu dalam PN memutuskan untuk berbuat demikian.

#Sumber :  FMT  

MR :  Muafakat tak akan terbentuk jika ada pertembungan, buka selesa atak tak selesa  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. ALHAMDULILLAH sejarah jatuh bangun serta ikatan kerjasama sebaliknya terus megekalkan JAMAAH PAS dalam POLITIK DAN DAKWAH ISLAM lantaran pelbagai onak tohmahan diri dan fitnah segala musuhnya.

    BalasPadam
  2. Tolak ansur, berlapang dada, utamakan kesejahteraan rakyat, keselamatan ugama, buang kepentingan peribadi,,insyallah. Tiada masalah yg tak boleh dileraikan. Ingat,,jgn tercucuk lagi jarum halus dap,mca,mic gerakan dan baruwah2 mereka dari kalangan melayu haprak pan dan pkr.

    BalasPadam
  3. Ke arah dominasi Melayu dalam politik dan ekonomi. PRU 15 peluang bagi Islam memerintah.

    BalasPadam