Header Ads

ads header

Flash News

PAS tanding minima 50 kerusi pada PRU15 usul Pemuda


Pemuda PAS meluluskan usul yang dikemukakan agar parti itu bertanding sekurang-kurangnya 50 kerusi parlimen pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Usul tersebut dikemukakan oleh Pemuda PAS kawasan Bagai Serai dan kemudiannya dibuka untuk dibahaskan sebelum ia dipersetujui sepenuhnya oleh perwakilan Muktamar Pemuda PAS kali ke-61 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Kota Bharu, hari ini.

"Mengesyorkan untuk memastikan PAS mendapat minima 50 kerusi (parlimen) berpotensi dan memposisikan 20 peratus kerusi daripada jumlah kerusi ini adalah daripada calon anak muda," kata usul yang diterima untuk dibahas itu.

Susulan itu beberapa perwakilan bangun menyatakan hujah antaranya menyokong supaya usul diterima.

Bagaimanapun ada juga perwakilan yang bangun menyatakan agar usul tersebut dibaiki antaranya dengan meningkatkan lagi sasaran kepada 70 kerusi.

Selain itu terdapat juga cadangan supaya usul itu tidak menyatakan jumlah sasaran tertentu namun dikekalkan 20 peratus kerusi untuk calon anak muda.

Bagaimanapun, undian yang dibuat akhirnya menetapkan usul asal diterima dan diluluskan untuk dibawa ke Muktamar Pusat PAS.

Terdahulu latar belakang usul tersebut dibuat dengan mengambil kira PAS melalui Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) membawa agenda perpaduan ummah.

"Situasi politik negara sama ada kerajaan pusat mahupun beberapa kerajaan negeri menggambarkan bahawa tiada parti yang boleh memerintah bersendiri.

"Situasi ini telah berlaku kepada Pakatan Harapan (PH) yang mana apabila Bersatu keluar daripada PH maka kerajaan pusat tumbang.

"Ia juga berlaku kepada beberapa negeri akhirnya bertukar kepada kerajaan parti komponen PN," kata Pengerusi Usul, Nazir Helmi, yang membacakan latar belakang usul tersebut.

Untuk rekod, pada PRU14, PAS bersama sekutunya Berjasa dan Ikatan dalam Gagasan Sejahtera bertanding di 160 kawasan parlimen dan PAS berjaya memenangi 18 kerusi Dewan Rakyat.

MR :  Kedudukan kerusi PRU-15 bergantung rundingan dengan PN dan MN. Sekadar usul aje   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. 50 minimum adalah baik. Kalau boleh 70 lagi baik.
    Cuma kena pandai utk mengelak lawan tiga penjuru.
    Kena baca banyak Ya Latif. Supaya hati UMNO, PPBM dan BN bagi lembut.

    BalasPadam