Header Ads

Header ADS

Pembohong tegar dan ahli politik gila kata Azmin


Dakwaan Presiden PKR, Anwar Ibrahim bahawa dia mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen di Dewan Rakyat telah mengundang rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Walaupun ramai pemimpin kerajaan menolak dakwaan Anwar itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali hanya mempunyai lima kata-kata untuk dikemukakan.

"Pembohong tegar dan ahli politik gila," katanya dalam ciapan di Twitter.

Azmin, yang juga anggota majlis pimpinan tertinggi Bersatu, tidak memperincikan maksud ciapannya itu.

Bekas timbalan presiden PKR itu berperanan dalam menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan pada akhir Februari lalu.

Azmin bersama 10 ahli parlimen PKR termasuk dirinya berpaling tadah menyokong Bersatu dan pada masa sama presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin membawa keluar parti itu dari Pakatan Harapan.

Muhyiddin kemudian mengangkat sumpah sebagai perdana menteri baru setelah dia membentuk kerajaan PN yang terdiri daripada pemimpin PKR yang membelot bersama wakil rakyat Bersatu, BN, GPS, PAS, PBS dan Star.

Azmin sebelum ini adalah penyokong setia Anwar yang bersamanya ketika dia dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada tahun 1998 dan kemudian dihumban ke penjara oleh perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad.

Namun, hubungan Azmin dan Anwar menjadi tegang dalam beberapa tahun kebelakangan ini sehingga menyaksikan PKR retak dan akhirnya berpecah.

Ini memuncak dengan pembelotan Azmin pada akhir Februari. Azmin juga membawa sebahagian besar penyokongnya ke Bersatu.

Pada sidang media di Hotel Le Meridien di Kuala Lumpur hari ini, Anwar mendakwa dia mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat tetapi enggan menyatakan jumlah anggota parlimen yang sebenarnya.

Ahli Parlimen Port Dickson berkata, bahawa adalah wajar baginya mempersembahkan nombor tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu.

"Jumlahnya (sokongan) kukuh dan menyakinkan, jauh daripada majoriti kecil.

"Bukan, empat, lima atau enam (kerusi) tetapi majoriti,” katanya sambil menambah ahli parlimen yang menyokongnya terdiri daripada pelbagai parti.

Namun, bagi pemimpin PN, Anwar hanya menipu.

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


11 ulasan:

  1. Anwar acah2 ja.. yg Azmin nak kecut pasai apa? takut masuk dalam ka nanti pasai kes hari tu? Nak kutuk Anwar plak.. tak sedaq ka hang yg paling lama jadi pengikut Anwar dalam dunia ni.. dan hang tak sedaq ka kalau cerita pasai khianat hanglah ahli politik yg paling byk buat khianat.. hang tu pun sama pembohong tegaq.. cakap lain buat lain.. ni pun spesies gila jugak..

    BalasPadam
  2. Ha2 azmin takut dah tu hilang kuasa tunggu la dulu kau buat orang skrng giliran kau pulak

    BalasPadam
  3. Ha2 azmin takut dah tu hilang kuasa tunggu la dulu kau buat orang skrng giliran kau pulak

    BalasPadam
  4. Syndrome september. Dulu 16/9/2008 dia kata nk tubuh kerajaan baru di bawah Pakatan Rakyat....tp hampeh. Mmg gila meroyanlah si nuar ni

    BalasPadam
  5. Jangan percayakan Anwar... Kaki penipu... Pengkhianat

    BalasPadam
  6. Barua dap menyelinap masuk sampai ke sini yer

    BalasPadam
  7. Kalau bersetongkol dgn DAP x payah LA sokong orang MCM ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni kaki rasis,x habis2 DAP...ingt umno bn tu baik sgt ko?terang2 penyamun byk dlm umno bn tu pn sedar...pi mati lg baik woi.

      Padam
    2. Dap kapir harbi..hang pun kapir harbi gak ker

      Padam
  8. Anwar nak bagi duit zakat kpd non Muslim. Itu pun sudah cukup menunjukkan dia ni pengkhianat agama.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.