Header Ads

ads header

Flash News

Pencemaran Sungai Gong: PDRM pertimbang siasat ikut SOSMA


CHERAS:
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mempertimbang untuk mengklasifikasikan kes pencemaran di Sungai Gong sebagai jenayah terancang yang membolehkan ia disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata pihaknya kini giat menyiasat kes itu dari pelbagai aspek, termasuk kemungkinan wujud perbuatan sabotaj pihak tertentu.

"Kelmarin, kita mengadakan pertemuan dengan pelbagai pihak dan agensi, termasuk Jabatan Peguam Negara. Ada beberapa arahan dikeluarkan dan memerlukan polis memenuhi tuntutan itu.

"Ada cadangan supaya Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) mengenakan hukuman lebih berat terhadap dalang kes ini. Kita sedang mempertimbang untuk menyiasat mengikut SOSMA.

"Polis akan menyiasat jika ada unsur mengugut, menakutkan, sabotaj dan perbuatan yang berulang kali serta tidak baik," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) di Maktab PDRM, di sini, hari ini.

#Sumber :   BH 

MR :   kerajaan perlu tegas 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan