Header Ads

ads header

Flash News

Tun M kemuka usul tidak percaya terhadap PM di laman sosial


SHAH ALAM -
Akibat kecewa gagal membawa usul tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri pada sidang Dewan Rakyat, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyiarkan usul itu di laman sosial dan blognya hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, usul berkenaan telah disenaraikan tetapi kerajaan menentukan usul tersebut tidak akan dikemukakan dan dibahas apabila ia telah dua kali diletakkan pada akhir sidang Dewan Rakyat.

“Usul kerajaan didahulukan sehingga tidak ada masa untuk usul saya dibahas. Dengan cara ini sampai bila-bila pun usul saya tidak akan dibincang dalam dewan.

“Oleh kerana saya tidak mungkin kemukakan usul saya dalam Parlimen, maka saya terpaksa siar usul ini dalam blog saya untuk tatapan orang ramai,” katanya dalam kenyataan di Facebook dan blognya hari ini.

Dalam usul yang dikongsikan itu, Dr Mahathir menyenaraikan puluhan sebab beliau mengemukakan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pagoh itu.

Namun sebab utama kata Dr Mahathir ialah pelantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri tanpa pilihan raya umum (PRU) mencabul sistem dan aturan peraturan dalam Perlembagaan Negara.

Menurutnya, cara itu akan menghilangkan kepercayaan rakyat bahawa melalui PRU rakyat dapat bentuk kerajaan pilihan mereka.

“Yang jelas ialah suara rakyat tidak mempunyai nilai di Malaysia lagi. Kerana melalui pintu belakang parti yang ditolak oleh rakyat boleh jadi kerajaan. Rakyat tertipu dengan cara ini.

“Apa gunanya PRU jika yang ditolak oleh rakyat boleh mendirikan kerajaan dan yang dipilih oleh mereka dijatuhkan dengan penipuan.

“Inilah sebab utama yang saya kemukakan usul tidak percaya kepada YAB Tan Sri dari Pagoh sebagai Perdana Menteri," katanya.

Beliau mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) diterajui Muhyiddin merampas hak rakyat yang mengundi memilih kerajaan pada pilihan raya umum yang lalu.

“Seperti yang Tan Sri sendiri mengaku kerajaan Tan Sri bukanlah kerajaan pilihan rakyat. Ia adalah hasil dari penipuan terhadap rakyat yang bersusah payah datang dari jauh dan dekat untuk mengundi.

“Kita tidak perlu undang-undang untuk menghalang penipuan seperti ini. Kita harap orang politik di Malaysia mempunyai moral yang tinggi dan menolak rasuah dan penipuan. Jika tidak, maka akan hancurlah negara kerana akan diperintah oleh penyangak dan penyamun,” katanya.

Atas sebab itu, dalam usul berkenaan beliau kemudiannya mahu mencadang agar kerajaan Perikatan Nasional menyerah balik kuasa kepada yang hak sebagai penutup.

#Sumber :     SH

MR :   Makin melalut 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


14 ulasan:

  1. Balasan
    1. Selagi misi dan visinya belum berhasil..tulah pasalnya
      .

      Padam
    2. Misi peju-wang ?

      Kah kah kah kah

      Padam
  2. Betulkan atom seorang peluang, peluang kepala banana

    BalasPadam
  3. pengasas Pejuang@Petualanng ini dilantik jadi SPEAKKER...supaya usul syok sendiri di lulus dan dibahas sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia ingat parlimen ni dia punya. Macam parti Bersatu tu dia ingat dia punya. Dulu masa dia dalam UMNO dia bolehlah haramkan ikut suka hati dia. Bila dia tubuh Bersatu, dia sabotaj TSMY bila TSMY mahu bekerjasama dgn PAS. Akhirnya dia paksa Bersatu utk kerjasama dgn DAP. Teruk betul org tua ni.

      Padam
  4. Tua terkutuk ni perlu dicela oleh rakyat kerana bininya serta anakberanak dia tidak pernah menghantar beliau mendapatkan rawatan dan pengambilan ubatan ikut jadual.
    Dia terlalu nyanyuk tidak tahu membezakan saluran Dewan Rakyat dan seperti dia berasakan blognya bagai Dewan Parlimen.
    Harap GENG 6jahanam dapat membantu dia kepada Doctor pakar.

    BalasPadam
  5. Dah makin masuk angin org tua ni.yg dia letak jawatan tampa rundingan dgn kompenan ph apa hal...ni golongan menyesal tak sudah dlm bijak ada bodoh nya.

    BalasPadam
  6. Makin pandai sandiwara dia ni.. semakin ramai orang benci kat dia maka semakin ramai orang sayang kat PN.. tukar kerajaan ni memang niat dia dari dulu.. itulah matlamat dia.. secara halus ja dia buat supaya pembangkang semua jadi semakin lemah.. so pembangkang pun tak boleh marah dia nanti.. asalkan dapat menguburkan pengaruh Anwar dalam Warisan,Amanah,DAP dan utk jadi PM.. itulah misi terakhirnya.. kepada penyokong PN jgn marah orang tua ni.. dia lakukan semua ni utk PN..

    BalasPadam
  7. Yang kau pergi letak jawatan tu apasal?

    Sampai mati perangai kau macam tu. Asyik nak salahkan orang lain. Orang dah bosan dengan perangai hodoh kau tu.

    BalasPadam
  8. Cuba lah istiqomah dan banyak ka istifar..sudah2 lah

    BalasPadam
  9. tak tahu lah apa yang dia doa selepas solat sehingga fikiran tak tenteram menjadi kacau bilau, tak ada ke ulamak2 ph nasihat akan dia.

    BalasPadam
  10. Minta YDP Agong ambil segala harta rompakan Tun M dan keluarganya untuk dipulangkan kembali kpd rakyat.
    Minta Institusi Raja bertindak melucutkan kerakyatan Tun Mahathir kerana menderhaka kpd Sultan dan Raja Melayu.

    BalasPadam
  11. ....errr...errrr...

    Saya sebagai Speaker.....errr...usul yb langkawi ni kita bincang....errrr...


    ....errrr...lps pm ke 22 bubar parlimen erk!

    BalasPadam