Header Ads

Header ADS

Polis serah kertas siasatan kes Mohd Khairuddin esok


KUALA LUMPUR -
Kertas siasatan berhubung kes Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang melanggar arahan kuarantin wajib akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya telah merakam keterangan lebih 10 saksi bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

"Kita telah merakam keterangan saksi yang terakhir semalam.

"Kita akan menyerahkan kertas siasatan itu kepada Pejabat Peguam Negara esok untuk penelitian sebelum tindakan lanjut," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Serah Tugas Pengarah di Maktab Polis Diraja Malaysia, Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan polis telah merakam keterangan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu bagi membantu siasatan berhubung kegagalannya mematuhi kuarantin wajib di rumah setelah pulang dari Turki pada 7 Julai lalu.

Kementerian Kesihatan dilaporkan menyerahkan kertas siasatan dalaman pihaknya berhubung isu pelanggaran kuarantin oleh Mohd Khairuddin kepada polis untuk tindakan lanjut.

Mohd Khairuddin turut dikompaun oleh kementerian berkenaan sebanyak RM1,000 atas kesalahan itu.

#Sumber :  SH  

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.