Header Ads

Header ADS

Pengajaran buat Perikatan Nasional (PN), jangan ambil mudah BN


PETALING JAYA:
Berikutan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam pilihan raya negeri (PRN) semalam, seorang penganalisis politik memberi amaran kepada Perikatan Nasional (PN) bahawa ia tidak mampu bertelagah dengan Barisan Nasional (BN) sekiranya mahu memenangi pilihan raya umum akan datang.

Felo kanan Majlis Profesor Negara Jeniri Amir berkata, keputusan pilihan raya malam tadi adalah mesej jelas kepada PN bahawa gabungan itu tidak mampu bersengketa dengan BN sekiranya ia mahu menang.

GRS terdiri daripada PN, BN dan PBS.

Kemenangan pilihan raya gabungan itu dicapai hanya beberapa hari selepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa sebilangan ahli Parlimen parti itu cenderung untuk menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri berbanding Presiden PPBM Muhyiddin Yassin.

Pemimpin kanan Umno Nazri Aziz turut memberitahu FMT mengenai perasaan tidak puas hati dalam parti itu berhubung cara ia dilayan oleh PPBM.

Jeneri berkata, “jika Umno dan BN tidak gembira, mereka perlu mencari formula untuk berdamai kerana keputusan di Sabah menunjukkan mereka lebih kuat apabila bersatu walaupun kempen gabungan itu bermula lebih lewat berbanding warisan Plus.

Jeneri juga menyebut tentang peranan bekas pemimpin Umno negeri Musa Aman yang membuka jalan kepada pilihan raya semalam dalam usahanya merampas kerajaan Sabah sebelum itu.

“Ketika berkempen untuk BN, PN dan PBS, beliau mewakili kerjasama yang diperlukan di peringkat pusat,” katannya.

Musa, yang merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga tidak bertanding dalam pilihan raya semalam.

Jeniri berkata, populariti Perdana Menteri Muhyiddin Yassin juga merupakan faktor penyumbang kepada kemenangan PN.

Sebaliknya beliau berkata, kekalahan Warisan dan sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH) merupakan “tamparan besar” kepada gabungan itu kerana keputusan semalam menunjukkan “PH tidak mampu mempertahankan sokongan yang mereka perolehi dalam pilihan raya umum lepas”.

“Jelas bahawa rakyat Sabah muak dengan kehidupan di bawah Warisan. Banyak janji yang tidak ditunaikan dan mereka mahu perubahan.”

Katanya, kesilapan yang dilakukan pemimpin Warisan, termasuk kenyataan kontroversial calon parti itu di Segama, iaitu Mohamaddin Ketapi mengenai pencerobohan Lahad Datu menyebabkan ia hilang sokongan, terutama di kerusi majoriti masyarakat Kadazan.

Jeniri berkata, beliau percaya rakyat berpuas hati dengan kepimpinan Muhyiddin serta pengendalian wabak Covid-19, selain idea kerajaan negeri yang sekata dengan Putrajaya.

Bagaimanapun penganalisis politik Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia berkata, beliau tidak akan terkejut sekiranya wakil rakyat Warisan mengubah sokongan kepada PN susulan kekalahan mereka malam tadi.

Beliau berkata, keputusan pilihan raya itu merupakan tamparan besar kepada Warisan khasnya yang menurutnya gagal teruk selepas menawarkan harapan yang tinggi.

Dalam pada itu katanya, calon DAP memperoleh kejayaan cemerlang berbanding calon PKR.

#Sumber :  FMT  

MR :    UMNO pula jangan ambil mudah dengan MN


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. Yang jelas kaum mata sepet tetap sokong dapig.

    BalasPadam
  2. DAP lbh kiasu dari parti2 lain.

    BalasPadam
  3. Tiada kemenangan dengan sekadar segelas air jampi.

    BalasPadam
  4. Politikus masih mendabik dada & alpa, isyarat jelas dari rakyat mahukan politik "check n balance" agar dapat hidup aman sejahtera.

    BalasPadam
  5. Budaya cina kominis tetap sokong
    Cina kominis.projek mahu sokong sory

    BalasPadam
  6. BN tak hadap la PN.Tak yah jadi batu api la Prof.MN insyaallah akn pukui rata DAP,PKR,PPBM,PUJAWANG N MUDA..

    BalasPadam
  7. Berlapang dada lah semua.. Menang dan kalah adalah biasa dlm perlawanan. Allah dah tentukan segala galanya. Ada hikmah disebalik kalah ,menang ni.x perlu meroyan sangat

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.