Muafakat kunci kemenangan GRS, kata Tok Mat
PETALING JAYA: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Mohamad Hasan berkata kesepakatan dalam kalangan parti gabungan menjadi kunci kepada kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, malam ini.
Mohamad yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, rakyat Sabah sudah membuat keputusan dan diharapkan ia dapat dihormati supaya sebuah kerajaan yang lebih stabil dapat dibentuk.
“Kepada semua pengundi Sabah, mandat yang diberikan tidak akan dipersiakan.
“Kepada mereka yang menang, masa bekerja telah tiba. Jangan lagi bertangguh dan tunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dengan sebaiknya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad berkata, peralihan kerajaan yang berlaku di Sabah akan menyemarakkan lagi perubahan di seluruh negara.
“Kepada mereka yang tewas, semoga semangat demokrasi terus kita raikan.”
#Sumber : FMTMR : Jangan berpecah, jangan tunjuk aku abang
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan