Header Ads

ads header

Flash News

Manifestasi tulus rakyat Sabah atas kepimpinan kerajaan PN


KUALA TERENGGANU -
Kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam disebabkan kemampuan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mentadbir dengan lebih baik di peringkat Persekutuan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kemenangan itu juga merupakan manifestasi pilihan tulus rakyat Sabah yang mahu melihat dan merasai sendiri kemampuan PN mentadbir negeri itu.

"Saya percaya, ia turut dipengaruhi faktor calon GRS yang lebih berupaya dan kompeten selain sokongan parti yang berpengalaman berbanding saingan.

"Dalam era yang mencabar hari ini, rakyat memerlukan kerajaan yang stabil, berintegriti dan berkeupayaan tinggi di peringkat kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

"Tahniah kepada semua pihak yang membantu kemenangan ini terutamanya rakyat Sabah yang bijak memilih. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada GRS yang berjaya memenangi PRN Sabah," katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mencipta kejutan apabila berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang ke-16 sekali gus menumbangkan Kerajaan Warisan Plus yang diketuai oleh Datuk Seri Shafie Apdal.

GRS yang terdiri daripada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) berjaya mendapat majoriti mudah daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada PRN tersebut.

#Sumber : SH   

MR :  Rakyat dah muak dengan PH dan sekutunya  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan