Pengarah drama dan filem, Murali Abdullah sertai PAS
KOTA BHARU: Pengarah drama dan filem, Murali Abdullah nekad menyertai parti PAS dan menyerahkan borang keahlian hari ini.
Murali, 57, sebelum ini yang menyertai parti AMANAH hadir dalam Muktamar Tahunan PAS kali ke-66 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) mengambil kesempatan untuk menyerahkan sendiri borang keahlian kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurutnya, peribadi dan sisi Abdul Hadi yang nyata berbeza dengan tuduhan pihak pembangkang menjadi faktor dia menyertai parti berkenaan.
"Sekian lama saya disuap dengan tuduhan yang tidak berasas terhadap Presiden PAS itu dan menyebabkan saya ingin bersemuka sendiri dengan beliau untuk mengenali dengan lebih dekat.
"Ternyata segala tuduhan itu tidak benar sebaik saya ke rumahnya pada Jun lalu tanpa membuat sebarang temujanji dan melihat sendiri kesederhanaan Abdul Hadi," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Murali yang diserang strok sebelah kanan tubuh lebih setahun lalu hadir berkerusi roda sambil ditemani seorang rakan dalam program tahunan itu.
Beliau yang sudah 25 tahun terbabit dalam pengarahan drama dan filem kini mengambil keputusan untuk menetap di Marang, Terengganu dan akan memulakan semula pengarahan drama dan filem dalam masa terdekat dengan membuat dokumentari berkisarkan Abdul Hadi.
"Saya akan kembali menjalankan kerja pengarahan dimulai dengan dokumentari mengenai Abdul Hadi dalam masa terdekat selepas hampir dua tahun tidak mengarah," katanya.
.................Pada tahun 2018, Selepas tamatnya PRU 14, saya “join” PARTI AMANAH, kerana pada masa itu saya ingin “join” satu parti politik yg dekat dgn agama Islam. Saya “join” Parti AMANAH di Shah Alam.
Setelah saya juga ditipu hidup2 oleh Pegawai Amanah, saya mula berfikir tentang kejujuran AMANAH. Jadi saya bernekad utk berjumpa dgn President PAS, Datuk Seri Hadi Awang utk mengetahui kisah yg benar.
MR : Bila Allah nak tunjukkan kebenaran pasti jalan untuk kita bertemu...
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan