Header Ads

ads header

Flash News

Perwakilan kecewa prestasi 'mujahid siber' PAS


Perwakilan Pemuda PAS tampil menyatakan rasa kecewa dengan prestasi mujahid siber atau laskar siber parti itu yang dilihat gagal menyaingi pihak lawan dalam sebarang bentuk serangan melibatkan isu-isu hangat di media sosial.

Perkara itu dibangkitkan oleh perwakilan Pemuda PAS Kawasan Batu Krau, Abu Anas Omar Khayyam Mohd Hanafiah ketika sesi membentang dan membahas laporan tahunan dan penyata kewangan berakhir Disember 2019 sempena Muktamar kali ke-61 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Kota Bharu, hari ini.

Menurutnya dalam beberapa isu antaranya sebelum ini melibatkan Menteri Perusahan Komoditi dan Perladangan, Dr Khairuddin Aman Razali yang diserang teruk di media sosial sebelum ini gagal ditangani oleh mujahid siber.

"Perkara yang saya nak sentuh seperti mana yang kita tahu, menteri perusahan komoditi dan perladangan kita teruk kena hentam baru-baru ini di Twitter.

"Tapi (prestasi) mujahid siber 12.5 peratus sahaja, kita fahamlah itu rendah. Mungkin kemampuan atau pencapaiannya hanya 12.5 peratus menyebabkan kita tidak mampu melawan perkara yang berlaku dalam Twitter tersebut, memang sangat teruk.

"Memang sangat teruk, waktu itu saya bertanya kepada ahli jawatankuasa kawasan yang lain, mana kita punya mujahid siber untuk cover benda itu?

"Sedangkan fakta kita ada, tapi kita tak keluarkan (misalnya) gambar kartun seperti mana geng sana keluarkan. Seolah-olah kita out, kita dah out. Tetapi apabila kita rujuk Twitter Pemuda PAS melebihi DAP dan Amanah, begitu juga Facebook dan Instagram," katanya.

Isu melibatkan Khairuddin sebelum ini tercetus susulan kegagalannya menjalani kuarantin wajib selepas pulang dari Turki.

Sementara itu, Abu Anas berkata persoalannya secara realiti melihat mujahid siber tidak dapat menyaingi laskar siber parti lawan.

Justeru soalnya, apakah tindakan Pemuda PAS untuk melahirkan mujahid siber yang dapat melawan perkara terbabit.

"Sebagai contoh baru ini kes isu air di Selangor, tiada apa-apa serangan pun kita buat kepada exco (Selangor) yang mentadbir kilang-kilang haram.

"Lepas itu baru-baru ini istana panggil menteri besar dan rupa-rupanya sultan dah lama minta diselesaikan.Tapi dalam Twitter tiada apa-apa pun yang kita serang.

"DAP dan kerajaan negeri Selangor kita tidak serang, sedangkan untuk menjadi cybertrooper kita tidak perlu buat fitnah, kita hanya menyatakan perkara yang fakta dan benar.

"Tetapi tiada apa-apa seolah-olah isu Selangor kita tak mampu ambil kesempatan," katanya.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Nazir Helmi tampil menjawab secara ringkas persoalan tersebut.

"Berkenaan strategi cybertrooper, secara mudah saya akan mengambil berat dengan peratusan (prestasi) tersebut," katanya ringkas.

MR :    PAS perlu membuat perubahan besar kepada Mujahid Siber. Pastikan ada pemikiran luar kotak dalam Mujahid Siber. Zaman dah berubah tapi Mujahid Siber masih dalam kontaks 'perang lama'


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


10 ulasan:

  1. Macamane prestasi tak gagal kalau pemimpin PAS perangai macam kafir tapi mujahid siber lurus ikut perangai Islam.. pemimpin PAS kalau boleh nak mujahid cyber perangai sama setan dgn diaorang.. gunakan segala nas dan hadis utk menghalalkan semua yg salah pemimpin PAS dah buat.. lepas tu sibuk plak nak salahkan mujahid cyber.. ntah ape2 entah.. kononnya semua pemimpin PAS betul.. pemfitnah.. penipu.. tunggang agama.. mentang2 parti ade tulis 'Islam'.. moto pemimpin parti 'takiyah' atas nama PAS dan Islam.. ntah mane ntah belajar.. dah sebijik macam syiah.. lepas tu sibuk nak kata Mat Sabu syiah.. kalau boleh pegilah kat ROS mintak buang perkataan 'Islam' kat nama PAS tu.. lepas tu takdelah agama Islam terpalit dgn perangai2 setan pemimpin2 pas ni.. jelas sgt2 memalukan Islam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita sedang menunggu pemuda PAS untuk menjawab fitnah ciptaan RBA ternakan Dajjal Action Parti yang ditujukan kepada PAS.

      Padam
    2. Mana tentera siber PAS yang akan membuktikan komen 12 September 2020 6:17 PTG di atas adalah fitnah ciptaan RBA ???

      Jika tidak ada, bubarkan sahaja tentera siber PAS. Inilah yang telah berlaku pada PRU14 dahulu dan akibatnya rakyat percaya pada propaganda PH.

      Padam
    3. 617, betul kata kamu. Pemimpin pas semuanya kaki fitnah, kaki semburit, tipu duit rakyat,kaki joli ngan betina, tunggang agama, perangai macam kafir. Mungkin pemimpin kamu yg baik sikit dr pemimpin pas kot, bukan kaki joli, tipu duit rakyat, perasuah, jaga agama sembah patung.

      Padam
  2. Lebih baik jangan bawa agama dalam politik kamu orang macam tak sekolah jangankamu campur adukkan agama dengan politk ok

    BalasPadam
  3. Wahai RBA ternakan parti kafir harbi Dajjal Action Party, mengapakah kamu mendedahkan semua kebodohan melampau kamu kepada orang ramai ? Simpanlah sedikit kebodohan kamu untuk keturunan kamu.

    Siapa ajar ajaran sesat konon 'jangankamu campur adukkan agama dengan politk' kepada kamu ? Nampaknya kamu dan tuang guru gonna end kamu yang tak basuh berak cuba menyebarkan ajaran sesat kepada umat Islam.

    Islam adalah cara hidup yang bersifat sejagat @ universal dan sesuai sepanjang zaman maka politik Islam adalah sebahagian dari Islam. Bahkan Nabi Muhammad S.A.W. sendiri menggunakan kuasa politik untuk mentadbir kerajaan Islam yang berpusat di Madinah.

    Khalifah Islam juga menggunakan kuasa politik untuk mentadbir empayar Islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua undang-undang memerlukan kuasa politik supaya undang-undang Islam boleh dikuatkuasakan dalam sesuatu negara.

      Untuk menghalang penguatkuasaan undang-undang Islam, musuh-musuh Islam mencipta pelbagai ideologi politik seperti sekularisme, liberalisme, sosialisme, komunisme dll yang mengagungkan agama dari politik.

      Mereka juga cuba menipu umat Islam kononnya politik dan Islam tidak boleh dicampur-adukkan konon kerana hukumnya haram.

      Maka kita tidak terkejut melihat puak kafir harbi dan khadam liberal mereka sanggup mencipta pelbagai fitnah untuk memburuk-burukkan undang-undang Islam dan politik Islam.

      Mereka bersungguh-sungguh menentang RUU355 supaya undang-undang Islam tidak boleh dikuatkuasakan kerana musuh Islam menyokong industri dosa besar , kemungkaran dan kesesatan.

      Padam
    2. Pembetulan:

      Untuk menghalang penguatkuasaan undang-undang Islam, musuh-musuh Islam mencipta pelbagai ideologi politik seperti sekularisme, liberalisme, sosialisme, komunisme dll yang MENGASINGKAN agama dari politik.

      Padam
  4. Pas selesa dgn lantang atas pentas ceramah saja. Di alam maya pas hilang di mamah cercaan barua2 belaan dap dan malaysiakini.

    Pemuda pas mana? Takkan cukup dengan konvoi motosikal?

    BalasPadam
  5. Tapi PAS mmg dari dulu berani berdepan & berani di atas stage. Itu kelebihan dia. Tapi bila dia dah turun stage, kaki fitnah yg penakut ni (jenis baling batu sorok tangan ni) DAP buat kerja belakang PAS tak melawan. Sebab itu je. Dia rasa dia dah menang. Memang betul mungkin berdeoan dia menang tapi geng pengcut sambung buat kerja baling batu sorok tangan.

    Biasa geng RBA ni pengecut cakap depan2, belakang2 je berani cakap. Dia jenis takot kena kecam. Dia jenis takot juga jika nampak kalah di khalayak umum. So dia buat kerja belakang2.

    Overal PAS jenis gentleman. Berdepan. Itu kelebihan PAS. Bagus!
    TAPI bila turun stage, diambil ksempatan oleh sang pengecut -

    PAS macam singa.
    RBA macam dubuk.

    BalasPadam