Header Ads

ads header

Flash News

PKR Sabah nafi merajuk selepas dikata gagal dapat 25 kerusi


KOTA KINABALU:
Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew nafi parti itu merajuk selepas dikatakan gagal dapat 25 kerusi untuk ditandingi pada pilihan raya negeri akan datang.

Menafikan dakwaan yang tersebar di media sosial itu sebagai tidak benar, Christina memberitahu pemberita Warisan Plus sudah hampir mencapai kata sepakat tetapi rundingan masih berjalan.

Ketika ditanya, beliau enggan memberitahu jumlah kerusi yang mahu ditandingi parti itu.

“Bukan 25 tetapi lebih namun semua ini masih dalam proses untuk dimuktamadkan dan kami harap kami dapat bekerjasama dengan parti lain,” katanya.

“Presiden Anwar Ibrahim sebelum ini juga menyatakan harapan untuk mendapat lebih banyak kerusi berbanding sebelum ini, tapi ia masih dalam perbincangan, jadi kita lihat nanti macam mana,” katanya di majlis ramah mesra PKR Sabah dengan media hari ini.

Christina juga berkata PKR masih boleh bekerjasama dengan parti lain kerana “pilihan raya kali ini sangat penting”.

“Perkara paling penting ketika ini ialah kerjasama untuk memastikan kemenangan, walaupun memenangi kerusi buat PKR juga penting namun kita juga harus melihat kerjasama dengan parti lain seperti DAP, Warisan dan Upko.”

Christina juga memaklumkan partinya akan meletakkan lebih ramai calon muda.

“Bagaimanapun kami masih menitik beratkan soal kesetian kepada parti kerana sebelum ini kita mempunyai pemimpin yang muda tetapi telah lompat,” katanya.

Pada pilihan raya umum lalu, PKR hanya memenangi 2 daripada 8 kerusi yang ditandingi iaitu di DUN Api-Api dan Inanam.

Bagaimanapun, PKR kini hanya mempunyai 1 kerusi DUN selepas wakil rakyat mereka di Inanam, Kenny Chua dipecat daripada parti itu kerana menyokong Musa Aman sebagai ketua menteri pada penghujung Julai lalu.

#Sumber : FMT   

MR :    Tak sampai 25??? Kesian


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan