Timbalan presiden STAR keluar parti, dijangka sertai Warisan
KOTA KINABALU: Timbalan presiden STAR, Kong Fui Seng, dikatakan keluar parti berkenaan untuk menyertai Warisan.
Sumber dalan parti itu berkata, belum dipastikan sama ada Kong telah menghantar surat rasmi berhubung tindakannya itu, namun kemasukannya ke dalam Warisan dijangka diumumkan Rabu ini.
“Ya memang benar (Kong keluar daripada STAR), dan saya juga difahamkan satu majlis kemasukannya ke dalam Warisan akan diadakan di kediamannya, di Keningau pada 9 Sept ini.
“Kami menghormati keputusan Kong untuk meninggalkan STAR dan mengucapkan selamat maju jaya kepadanya,” katanya yang enggan dikenali ketika dihubungi.
Kong yang juga ahli perniagaan sebelum ini pernah bertanding dalam 2 pilihan raya umum (PRU), iaitu pada 2013 dan 2018, atas tiket STAR.
Bagaimanapun beliau tewas dalam 2 pilihan raya itu, iaitu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap pada 2013 dan di DUN Liawan pada PRU lalu.
#Sumber : FMTMR : Politik lompat melompat di Sabah normal
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Boleh masuk Warisan,tapi jangan bagi calon.Dua kali tanding DUN namun kalah..mungkin ini taktik nak jadi ADUN dgn tiket Warisan,lepas menang akan lompat semula ke STAR..Khaa..khaa..teknik lapuk klu benar..
BalasPadam