Header Ads

ads header

Flash News

PN bukan gabungan longgar, kata Hadi


MARANG -
Pas menegaskan kerjasama parti dalam Perikatan Nasional adalah fleksibel dan bukannya gabungan longgar sebagaimana dakwaan sesetengah pihak.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, hubungan antara rakan sekutu PN berbeza dengan Pakatan Harapan (PH) yang sentiasa bergaduh sesama sendiri.

"Bukan longgar, tapi fleksibel dan kita tiada krisis sesama sendiri macam PH. Semasa kerajaan (mereka) bergaduh, luar kerajaan pun bergaduh. Rakyat tengok semua.

"Tapi kita fleksibel kerana pendekatan yang berbeza tapi ada titik persamaan, iaitu nak selamatkan negara.

"Kita juga boleh bertahan walaupun dengan majoriti yang sedikit sahaja. Walaupun ada cubaan nak jatuhkan (kerajaan) tapi tidak berjaya," katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Rusila hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Ahli Parlimen Batu Gajah dari DAP, V Sivakumar yang menyatakan hubungan dalam PN adalah ikatan yang longgar.

Ditanya tentang dakwaannya yang menyatakan penyertaan Pas dalam PN adalah pura-pura dan bukannya secara ikhlas, Abdul Hadi bagaimanapun menafikannya.

"Tidak betul. Yang berpura-pura itu adalah mereka. Berpura-pura bersatu dalam kalangan mereka sedangkan dalam satu parti pun berkelahi," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang akan menubuhkan parti baharu, beliau berkata, Pas terbuka dengan kehadiran parti itu.

Jelasnya, Ahli Parlimen Muar itu berhak menubuhkan parti baharu, selagi ia tidak melanggar undang-undang.

"Kita negara demokrasi, bebas buat parti ikut peraturan (asalkan) tak menyalahi undang-undang. Relevan atau tidak, boleh pergi jauh atau tidak, saya tidak tahu masa depan.

"Sama ada bagus atau tidak, saya tidak tahu, cuma orang muda bila tua nak jadi parti apa pula," katanya.

#Sumber :   SH 

MR :   PN diperkukuhkan, rakyat akan sokong 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. pendapat ayoh chik dgn aku sama..
    parti ni mesti ade had umur..
    bile dh tua snggup ke presiden dan pengerusi kluar dr parti..

    BalasPadam
  2. Hmmm, seratus ribu ahli 20 tahun akan datang kena tinggalkan parti kerana janggal berparti dengan anak muda. Lompat si katak lompat lah.

    BalasPadam