Header Ads

ads header

Flash News

Polis panggil 8 saksi kes samun barang kemas RM3 juta


PETALING JAYA:
Polis sudah merekodkan keterangan 8 saksi dalam siasatan kes samun kereta, barang kemas dan wang tunai pada 21 September lalu di Lebuhraya Besraya, kata Ketua Polis Brickfields Zairulnizam Mohd Zainuddin.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati 2 kereta yang digunakan suspek adalah klon atau palsu, selepas pengesahan dibuat dengan pemilik asal kenderaan.

Manakala, keterangan daripada saksi yang merakam video kejadian merupakan seorang pemandu e-panggilan dan hanya merakamkan kejadian, lalu disebarkan dalam media sosial tanpa menguhubungi polis untuk bantuan.

“Anggaran kerugian adalah wang tunai bernilai RM67,000, barang kemas bernilai RM3 juta dan sebuah Toyota Hilux yang dibakar bernilai RM70,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zairulnizam berkata, pihaknya menyeru orang awam supaya terus menghubungi polis, jika melihat sebarang kejadian jenayah, supaya tindakan segera boleh diambil berbanding hanya menyebarkan di media sosial.

“Tindakan seperti itu hanya akan menyebabkan penjenayah sempat melarikan diri atau perkara lebih buruk boleh berlaku di luar jangkaan,” katanya.

Menurutnya, polis Brickfields memohon kerjasama semua pihak terutama oranga awam yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah terus menghubungi talian 03 22979222.

Terdahulu, Zairulnizam berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun atau denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Video kejadian samun berdurasi 9 saat itu tular pada Isnin, ia memaparkan 2 lelaki bertopeng memegang parang sedang menarik mangsa keluar dari kenderaan.

Salah seorang suspek dilihat memegang sebuah beg dipercayai mengandungi wang tunai dan emas sebelum melarikan diri.

MR :  Malaysia makin hebat dari segi jenayah  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan