Header Ads

Header ADS

Politik Dalaman Di JPN Pahang, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Di Minta Siasat !


KUANTAN -
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) digesa menyiasat aduan daripada warga pendidik di negeri ini tentang penyelewengan kuasa di Jabatan Pendidikan Negeri Pahang seperti yang didedahkan sebelum ini.

Banyak komen dan pandangan telah dibuat oleh warga pendidik tentang perkara ini. Pepatah Melayu ada mengatakan "jika tiada angin, masakan pokok bergoyang".

Menurut sumber, permainan politik dalaman di JPN Pahang terus diperkatan dan semakin parah. Pengarah (foto kanan) cuba mengangkat 'kawan rapat' untuk diisi sebagai Timbalan pengarah sektor Pengurusan Sekolah, sedangkan pegawai berkenaan masih cetek pengalaman dalam mengurus tadbir jabatan.

Anehnya pegawai tersebut (foto kiri) telah diberikan tugas 'memangku' atau menjalankan tugas sebagai 'Timbalan Pengarah'.

"Difahamkan beliau bersama dengan pengarah berusaha secepat mungkin untuk proses jawatan penuh timbalan. Sedangkan pegawai berkenaan baharu sahaja beberapa bulan menjawat Gred DG54"

"Ramai lagi Pegawai Kanan yang lebih berpengalaman dalam gred tersebut, dan pernah menjawat Ketua Pengarah Pendidikan Daerah (KPPD). Ada yang sudah berpuluh tahun menguruskan unit-unit tertentu di JPN Pahang dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)," dakwa sumber tersebut.

Difahamkan pengarah memberi 'lampu hijau' kepada beliau untuk membuat keputusan. Difahamkan, setiap tindakan beliau adalah tindakan pengarah, sehinggakan pegawai yang lebih kanan mudah diperkotak-katik oleh beliau. Malah ada beberapa tindakan beliau langsung tidak mnghormati pegawai yang lebih berpengalaman.

Menurut sumber itu lagi, sikap pegawai berkenaan yang menukarkan pegawai-pegawai berpengalamn di JPN Pahang ke unit lain tanpa perbincangan dan menurunkan pegawai-pegawai berpengalaman  ke sekolah amat merugikan.

Apatah lagi bila membawa masuk rakan-rakan rapat ke jabatan setelah menukarkan pegawai lain. Tindakan melulu beliau dan pilih 'kroni'
menimbulkan rasa tidak puashati di kalangan warga JPN pahang sebenarnya, kata sumber tersebut.

"Rakus bertindak sehingga ada tindakan beliau menukarkan guru-guru di Pahang yang tidak munasabah dan pilih kasih. Dikatakan PA pengarah juga tertekan dengan permainan beliau, yang 'lebih kuah dari sudu'"

"Pengarah bagaikan menyerah bulat-bulat tindakan pegawai berkenaan tanpa rasa bersalah. Sekarang dikatakan beliau pula paling berkuasa di JPN Pahang bukan pengarah. Pengarah bagaikan tiada wibawa, ada insan yang lebih kebal di bawah beliau"

"Situasi ini cukup memalukan, menampakkan kelemahan jabatan. Individu yang lebih layak tidak diangkat. Sehingga cadangan dan nasihat Menteri Besar Pahang, pemimpin-pemimpin tempatan pun tidak diterima pakai," tambahnya.

Justeru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) wajar turun padang menyiasat dan mempelbetulkan keadaan. Berikan jawatan kepada pegawai yang lebih berwibawa dan berpengalaman untuk mengurus tadbir jabatan supaya tidak bercelaru dan dihormati.

Difahamkan timbalan-timbalan di JPN Pahang sekarang bukan anak tempatan, termasuklh pegawai berkenaan, kenapa terjadi begini? Sudah pupus ke anak tempatan? sepatutnya berilah jawatan kepada pegawai anak tempatan unruk menguruskannya.

"Ramai pegawai pendidikan dikalangan anak tempatan  sebenarnya yang layak. Bukan bermaksud kenegerian, cuma berilah penghormatan untuk anak tempatan. Jangan sampai ada yang memperli 'gajah di depan mata tak nampak..kuman di seberang laut nampak,' skandal apakah ini pengarah dan 'kawan rapat'?? sehingga dikatakan suara timbalan adalah suara pengarah.

#Sumber :  pahangdaily  

MR :   Politik dalam KPM/JPN 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Ada kebenarannya tulisan di atas mengenai tindakan pengarah pendidikan pahang ini yang nelantik keroni kerana saya juga pernah ditemuduga oleh beliau dan timbalan pengarah sektor akademik bagi memohon jawatan pengetua cemerlang JUSA C dengan diberikan masa cuma 5 minit untuk pembentangan (presentation) mengenai profil dan kejayaan dalam karier saya sebagai pengetua cemerlang DG52 dan DG54 dan pernah menjawat jawatan KPP di JPN Pahang sedangkan sepatutnya masa yang diperuntukan untuk pembentangan adalah 30 minit. Dari situ saya sudah tahu bahawa pencalonan di peringkat negeri pun saya sudah gagal kerana kedua-dua personel berkenaan grednya setaraf dengan saya. Cukuplah sedikit luahan hati dari kekecewaan saya yang cuma tinggal 6 bulan perkhidmatan lagi sebelum bersara wajib.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dakpe ah xde rezeki mua ah tu. Kesiang ke mu ork dokdang buleh hok mu nok sebelum mu peceng. Kalu aku ah ork...aku malah doh nok panggil anok buoh aku interview. Sebab aku doh tau blake anok buoh gane². Kene anok buoh hok molek lagi ah.. Usoh kate 5 minit, seminit pun aku wase bazir mase doh. Sbb aku tau die baguh doh. Doh mu nok lame² wat natang ape? Jemu ah... Haha.. jadi boh kat umoh sudoh. Main dgn malah gtu.

      Padam
  2. Takpe boleh settle tu kecik punya hal

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.