Header Ads

ads header

Flash News

PAS di'korban'kan di Sabah demi keutuhan Bersatu dan Muhyiddin?


Salah satu kejutan terbesar dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah setakat ini adalah apabila PAS dikecualikan daripada barisan Gabungan Rakyat Sabah, walaupun parti Islam itu secara terbuka menuntut 10 kerusi untuk ditandingi.

Bagi pensyarah geostrategi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Azmi Hassan, keputusan itu tiada kena mengena dengan reputasi PAS, sebaliknya merupakan strategi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk meraih sokongan kepadanya dan Perikatan Nasional.

"Sebab itu saya melihat keengganan PN memberi peluang kepada PAS walaupun kepimpinan PAS telah memberi sokongan tanpa belah bahagi kepada PN menyerlahkan bagaimana PN mentafsirkan betapa kritikalnya sokongan yang diperlukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin terutama sekali dari PPBM (Bersatu) Sabah.

"Isunya tiada kena mengena dengan kemelut Bible atau sikap konservatif PAS tetapi jika PN memberi peluang walau satu kerusi kepada PAS, ini sudah tentu akan membangkitkan kemarahan ahli PPBM Sabah yang sudah tentu mengugat keutuhan PN," katanya.

Muhyiddin kini mendapat sokongan sekurang-kurangnya 113 anggota Parlimen di Dewan Rakyat, di mana enam daripadanya adalah anggota parlimen Bersatu dari Sabah.

Sekiranya PAS bertanding dalam pilihan raya Sabah, ini bermaksud Bersatu Sabah dan Umno Sabah harus menyerahkan beberapa kerusi kepada PAS, memandangkan ketiga-tiga parti itu bertanding di kawasan majoriti Muslim.

Walaupun pemimpin tertinggi PAS mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan perkara itu kepada akar umbi parti, Azmi percaya sedikit sebanyak ia bakal menggugat kepercayaan mereka terhadap PN.

James Chin (di atas), yang merupakan profesor pengajian Asia di University of Tasmania dan pakar politik Malaysia Timur berkata PN mungkin mengecualikan PAS kerana sifatnya yang pragmatik.

"PAS selalu melakukan perkara yang sangat buruk di Sabah, dan mereka tahu sama ada mereka bertanding atau tidak, tak memberi kesan.

"Jadi, dalam kes ini, kerana BN dan PN bertanding, mereka telah tersingkir. Dengan kata lain, jika mereka bertanding di sana, mereka juga akan kalah semua kerusi di sana," kata Chin.

Tidak seperti Azmi, Chin tidak percaya episod ini akan menjerat hubungan antara PAS dan PN, kerana Bersatu Sabah dan Umno Sabah adalah pemain utama di negeri ini.

Sementara itu, Profesor Madya Universiti Utara Malaysia, Azizuddin Mohd Sani juga berkata bahawa keputusan mengecualikan PAS tiada kaitan dengan ucapan anggota parlimen PAS mengenai isu Bible kerana parti itu sudah tidak popular di Sabah.

Pensyarah kanan Jabatan Komunikasi Universiti Malaysia Sabah, Lee Kuok Tiung pula percaya kenyataan berkenaan akan memberi kesan sekiranya PAS bertanding, memandangkan Sabah mempunyai jumlah penduduk Kristian yang ramai.

"Ini boleh menjadi salah satu isu hangat, kerana tentunya Warisan dan sekutunya akan memainkannya.

"Kita dapat melihatnya sekarang, dengan Warisan menggunakan kata 'Unity' sebagai kata kunci dalam kempen mereka," katanya.

MR :  PAS bukan hotel 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. PAS memang sentiasa menjadi punching bag DAP.
    Kita pelik dgn sikap wakil universiti Lim Kok Wing yang tidak neutral dalam membahaskan sesuatu isu. Nampak sangat universiti itu adalah bias kpd DAP.

    Adakah dgn mendedahkan perkara yang benar tentang kitab Bible itu dianggap satu perkara yang salah?

    Bukankah kita ada tanggungjawab utk menyatakan kebenaran walaupun ia pahit.

    Menyatakan bahawa Tuhan menciptakan dunia selama 6 hari kemudian berehat hari Ahad adalah dengan terang dan jelas sesuatu yang salah dalam Bible. Bukan itu sahaja, banyak lagi.


    Sebenarnya mereka amat kagum dgn PAS atas keberanian PAS utk beri laluan kpd rakan seperjuangan. Sebagaimana yg saya katakan, PAS bekerja sebagai "team player " suatu pasukan.
    Dalam satu pasukan, ada defender, ada midfielder, ada goal keeper, ada Striker. Kalau semua nak jadi striker Sebab masing-masing nak tunjuk hebat adakah pasukan itu akan menang? Sudah tentu tidak!!

    Inilah sikap PAS yang mana semua pihak cemburu dan terkejut. Terlampaulah cemburu mereka sehingga terkeluar cirit birit dari mulut mereka sendiri. Tak cukup dgn kencing rakyat selama 22 bulan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul saudara..para penganalisis elit hanya menaip ketika sedang duduk atas kerusi empuk dalam bilik berhawa dingin kerana itulah ramalan dan andaian mereka banyak tersasar ke laut...mereka hanya memandang sepintas lalu apa yang tersirat tanpa merenung apa yang tersirat.Mereka tidak memahami jiwa besar PAS yang yang smart dan matang , tidak isim jadi calon atau tamak berebut kerusi sepertimana parti parti lain. Sudah tentu pengorbanan ini akan berbalas dan tidak mengejutkan ada antara pimpinan pas sabah atau lain lain parti yang tidak tersenarai sebagai calon akan ditawarkan jawatan lain dalam kerajaan sekiranya PN menang dalam PRN ini.

      Padam
    2. Untuk pengetahuan tuan...pihak2 akedemik ni kebanyakannya diberi rm utk membuat ulasan.

      Sebab itu...kadang2 ulasan2 mereka ni budak2 sekolah menengah pun boleh kalahkan mereka.

      Sebabkan ada title prop dan dr...tu yg bagi ulasan biol pun org akan percaya!

      Padam