Header Ads

Header ADS

Akhbar Pro AMANAH siar Husan bergeser dengan Mat Sabu, tapi Husam Nafi


Naib Presiden Amanah, Husam Musa hari ini menafikan pergeserannya dengan presiden parti, Mohamad Sabu.

Ini selepas sebuah portal berita menerbitkan satu artikel pagi ini yang mendakwa peletakan jawatannya dalam parti itu dan sebagai pengerusi Pakatan Harapan Kelantan mempunyai kaitan dengan Mat Sabu.

"Itu tidak benar. Saya menafikan kandungan artikel itu," katanya.

Ketika diminta menjelaskan lebih lanjut apakah beliau meletakkan jawatan sebagai naib presiden Amanah kerana bertelagah dengan Mat Sabu, Husam berkata: "Ini rekaan".

Awal pagi ini, The Malaysian Insight menerbitkan artikel dengan memetik sumber yang mengatakan Husam meletakkan kedua-dua jawatan berkenaan, tetapi kekal memegang jawatan sebagai ketua Amanah Kota Bharu.

Sumber itu mendakwa Husam telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada parti itu dua minggu lalu.

Senator itu juga berkata hubungannya dengan Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu masih baik.

"Tidak ada masalah," katanya.

Dua minggu lalu, khabar angin serupa juga muncul mengenai Husam yang didakwa keluar Amanah untuk menyertai PKR.

Husam juga menafikan dakwaan berkenaan ketika itu.

MR :   Dia dan Mat Sabu,macam Anwar dengan Mahathir..masing-masing tunggu masa nak lepok satu sama lain. 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Ha ha : Elefen fait Elefen....

    BalasPadam
  2. de gras will suffer..

    BalasPadam
  3. Fungsi parti ni tak lebih hanya menjadi budak suruhan aka KHADAM DAP sahaja!

    BalasPadam
  4. AMANAH YANG SANGGUP KHIANAT PERJUANGAN AGAMA DAN BANGSA...TERMUNTAH NAK PANGGIL AM NAH SEJARAH 22 BULAN MEMBISU BILA ISLAM DIHINA DAN DIPERKOTAKKATIK PENGANUT KAFIRUN MALAH MEREKA SANGGUP MENYOKONG DALAM TERANG DAN GELAP

    BalasPadam
  5. Parti pandapigs ternakan parti kafir harbi Dajjal Action Party adalah bala (bukan rahmat) untuk seluruh alam'.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.