Header Ads

Header ADS

“Saya Mungkin Bintang Popular Tapi Ada Kekurangan, Bimbing Saya Sampai Syurga”


Nampaknya sejak semalam hangat diperkatakan mengenai majlis pernikahan pelakon popular Mira Filzah dan Wan Emir Astar. Malah, selepas diijabkabulkan Mira berkongsikan detik perkenalan mereka yang sebelum ini dirahsiakan kepada umum.

Menerusi satu temu bual, Mira berharap agar suaminya dapat menerima segala kelemahannya dan membimbingnya hingga ke syurga. Kata Mira, meskipun dia bergelar artis popular namun tetap mempunyai kekurangan diri.

“Saya mungkin bintang paling popular, tapi saya ada juga kekurangan. Not all time lemah lembut dan manis, jadi kalau ternampak selepas ini bimbinglah saya untuk jadi lebih baik sampai ke syurga,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Emir mendedahkan pelawaannya telah ditolak beberapa kali oleh Mira. Meskipun berdepan pelbagai cabaran untuk menawan hati Mira, namun dia tidak berputus asa.

Mira memberitahu dia menerima Emir kerana kesungguhannya yang mamikat hatinya. Ujarnya, beberapa kali menolak pelawaan untuk berjumpa namun suaminya tetap gigih dan nekad.

Majlis resepsi pertama pasangan ini akan berlangsung hari ini di Le Meridien, Putrajaya, akan disiarkan secara langsung di TV3, manakala majlis resepsi kedua pula berlangsung Ahad ini di A-Park, Puchong akan disiarkan menerusi program Melodi.

#Sumber : Rotikaya   

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.