Header Ads

Header ADS

Sebelum gembira Anwar jadi PM, renungi dulu pengajaran dan tauladan Muaammar Gaddafi


Pemimpin yang pro rakyatnya, namun menjadi korban propaganda dan fitnah Kapitalis Barat dan Zionis.....

20 Oktober 2011.

"Jangan tembak, jangan tembak,” kata Gadaffi kepada sejumlah tentera NTC yang menyeretnya keluar dari saliran itu.

Gadaffi diarak di jalanan setelah diseret dari lubang saliran. Dengan kepala bersimbah darah, dengan pakaiannya nyaris tanggal keseluruhannya. Gadaffi diarak sejumlah tentera yang bersorak puas dengan kemenangan mereka. Ada yang mengacukan pistol. Ada yang menarik rambutnya. Beberapa kali Gadaffi terjatuh sambil mengusap wajahnya yang bersimbah darah.

Semasa tertangkap, Gadaffi sudah pun bersimbah darah. Terluka saat menghindari serangan tentera NATO dan NTC, beberapa minit sebelumnya.

Ketika Gadaffi ditangkap dan pemberontak mengelilinginya seperti orang tawanan.

Gadaffi didera secara membabi buta oleh rakyatnya sendiri.Rakyat yang telah dibelanya sebagai pemilik pendapatan GDP per kapita tertinggi di dunia, rakyat yang diberi segala kemudahan sehingga memiliki angka harapan hidup terpanjang dan angka kemiskinan yang lebih rendah dibanding Kerajaan Belanda.

Dia ditikam dengan pisau oleh rakyatnya sendiri yang sudah diprovokasi oleh pemberontak propaganda barat AS NATO Barbar. Rakyatnya rela membunuh orang yang mengusahakan untuk rakyatnya menikmati pendidikan percuma, layanan kesihatan percuma, letrik & air percuma, pinjaman tanpa faedah & riba, hinggakan waktu mereka bernikah pun akan diberikan apartment percuma.

Dia ditembak di kepala dan di dada oleh rakyatnya sendiri, rakyat yang dihantarkannya memenuhi universiti, yang dikuliahkannya ke luar negara lengkap dengan gaji bulanan dan kereta, yang tetap diberi elaun sara hidup walaupun masih menganggur setelah tamat pengajian.

1986, Gadaffi pernah terselamat dari maut. Jet tempur AS menjatuhkan bom seberat 1 tan di khemah Gadaffi di Bab al-Azizya. Bom itu tepat jatuh di tempat tidurnya, membunuh putrinya yang berusia 2 tahun, yang sering tidur bersamanya.

Malam itu, dengan kuasa Allah dia tidak berada di tempat itu. Kegagalan AS itu nyata melahirkan dendam berterusan terhadapnya hingga akhirnya dia diguling & dibunuh rakyat sendiri yang termakan hasutan fitnah rekaan AS dan Zionis.

Baik atau buruk, Gadaffi hanyalah seorang Badwi yang lahir dalam khemah. Ia membenci kemiskinan dan korupnya dunia Arab, yang didominasi dan dieksploitasi oleh AS, Perancis dan Inggeris. Ia juga merupakan pendukung Palestin, Nelson Mandela, Tentera Republik Ireland.

Kini rakyat Libya telah menyesal menggulingkan Gadaffi, kerana percaya kepada provokasi dan fitnah USA dan sekutunya. Kini Libya telah hancur. Libya telah berada dalam genggaman barat AS NATO. Rakyat menjadi budak suruhan. Yang menikmati adalah elit² yang rakuskan kekuasaan. Apa yang dijanji sirna belaka, rakyat yang rugi dan menderita. AS dan sekutunya sedang memunggah kekayaan Negara Libya.

"Ketika kami berdemonstrasi menjatuhkan Gadaffi kami bermimpi akan menikmati kekayaan negara ini seperti yang dijanjikan, sekarang kami menyesal," kata rakyat (tamak! sudah kaya tetapi mahu lebih lagi).

Menyesal yang tiada ertinya lagi. Kuasa yang sudah tiada lagi.

"Kini kami di kelilingi oleh penjahat yang hauskan perang, hauskan akan minyak. Kehidupan rakyat sangat susah, kemiskinan meningkat menjadi papa dan siang malam kami hidup dalam ketakutan," kata rakyat lagi.

Penyesalan selalu datang terlambat.

Nikmatilah sekarang, hasil orang yang haus akan kekuasaan dan minyak.

Rest in Peace, Colonel !!!_

.....

BELAJARLAH DARI PENGALAMAN dan BELAJARLAH DARI SEJARAH....
JANGAN TERTIPU DENGAN 'SYURGA' CIPTAAN ZIONIS & WAKIL²NYA.

Cukup sudah Libya, Iraq, Syria, Sudan, Afghanistan dan beberapa lagi negara di Timur Tengah yang hancur dihancurkan oleh rakyat sendiri.

Menyesal yang sudah termakan propaganda barat fitnah hoax.Malaysia, In Syaa Allah, tidak akan mengikuti jejak kehancuran akibat kebodohan ini.....

Dengan syarat ummah berpadu dibawah panji ulama' & umara'

Sedarlah!!!
Waspadalah!!!
Jangan kita diadu dombakan sehingga kita jadi terpecah belahnya Bangsa Melayu ini. Marilah kita fikirkan kesejahteraan anak cucu kita kedepannya.....

SALAM PERPADUAN UMMAH.....
Munafik dan kafir tetap memusuhi Islam, itu janji Allah dalam Al Quran

MR :  Pemimpin yang merosakan keamanan Malaysia lebih drp 20 tahun  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


9 ulasan:

  1. Byk pengajaran berguna ni... sbb tu kita kene barubah.. jgn bersekongkol dgn puak2 yg kita dah tau gunakan sogokan wang dan kuasa utk memerintah.. dulu kita dah ade PH memerintah kita buang pasal kena termakan hasutan dan fitnah kononnya melayu akan terbuang.. kita ambik plak Bersatu yg jelas gunakan sogokan pangkat dan kuasa.. ambik sama plak UMNO yg terkenal dgn amalan rasuah.. dan kita ambik sama PAS yg terkenal dgn penunggang agama demi survival.. akhirnya melayu itu sendiri yg rosak dan musnah.. dulu kita ada Mahathir yg mendidik kita tolak.. melayu lebih suka ditabur duit dan bantuan.. lepas tu kita nak tolak Anwar plak yg terkenal tegas memerangi rasuah dan salah guna kuasa.. melayu nak apa sebenarnya? Zaman PH kita dijanjikan syurga ke? Makin sempit adelah.. PN ambik alih terus nampak syurga.. terus melayu lupa diri dan rasa seolah2 inilah kerajaan yg betul.. inilah yg terjadi di libya.. mereka alpa bila dijanjikan syurga spt apa yg PN buat sekarang.. biar hidup susah asalkan bermaruah.. jgn ikut ulama yg menungang agama demi kepentingan diri.. melayu ni cuma nak kerajaan melayu.. biar bodo... biar rasuah.. biar mencuri.. biar memfitnah.. asalkan melayu.. itu dah memadai dan mencukupi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. butanya mati hati kau ni dlm menafsir apa yang berlaku!

      Padam
    2. Ini komen rba dapig. Klu semua tu kamu Tak suka, sampai nk kata ada yg tunggang ugama, kamu carilah yg boleh uruskan dgn cara kamu. Cara hidup beragama kamu pun ke laut. Hujahlah dgn cara beragama, Barula aku sokong kau.

      Padam
    3. Samalah dengan macai macai geng arif muluk yang terpedaya dengan janji janji palsu pakatan hancing....tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada...nikmat kemajuan,keamanan sebelum ini seolah olah datang secara percuma..22 bulan berkuasa umpama tikus membaiki labu...nak banteras rasuah kononnya...ulama kamu hina..cerminlah dulu muka kamu brader...suluh para pemimpin kamu dulu yang rata rata kaki temberang dan menjahanamkan negara

      Padam
    4. ko ni sambil menulis sambil minum ketum ni

      Padam
  2. Ulasan bodoh.Ikut agama suruh itu menunggang agama?Islam ajar bersatu tapi kamu benci sebab kasih pada si kufur dlm DAP

    BalasPadam
  3. Perbandingan yg bodoh!! Situasi di m'sia tak sama dgn negara2 arab di mana org islamnya majoriti. Negara2 arab sdri pun xber1, masing2 ego dgn kepentingan ngra s'dri. M'sia dalah negara majmuk yg berbilang kaum. Ada melayu, ada cina, india, dayak, org asli, kadazan dll lg. Islam diakui majoriti dan agama resmi ngara. Kita ada raja melayu, PM melayu, pemimpin2 politik melayu, pembesar2 lain pun melayu, perkhidmatan awam pun byk melayu. Apalg xpuas hat? Apakah m'sia cuma ada melayu? Bangsa lain xkira? Sy xkesah sape PM skrg, tp PM abah ko ni xleh nk pulihkan ekonomi semasa!! Lg trok dr Najib sblum ni!! Nk sokong abah lg ke? Pemimpin UMNO pun dh mula tolak la!! Brani ke abah ko nk bubar parlimen?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awak dengan awanama di atas balik kerala boleh?

      Padam
    2. Jangan layan RBA binggai 1:17 ....Mungkin brader tu lupa makan ubat atau lepas pekena pil kuda.Kepala tak center kahkahkah

      Padam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.