Header Ads

ads header

Flash News

Siapa yang membuat keputusan muktamad atas kedurjanaan ini?


Ramai rakyat Malaysia dan Indonesia tak puas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan minggu lepas yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan majikan dari Pulau Pinang yang didakwa mendera dan membunuh pembantu rumahnya 2 tahun lalu.

Arwah Adelina dari Indonesia ditemui mati di luar rumah majikannya di Pulau Pinang pada Februari 2018.

Majikannya dituduh membunuh amah berusia 26 tahun itu, yang mengalami kegagalan organ akibat didera di sebuah rumah di Bukit Mertajam.

Namun pada tahun 2019, Jabatan Peguam Negara di bawah lantikan politik kerajaan PH, Tommy Thomas telah mengejutkan Rakyat apabila mengambil keputusan ‘tidak ada tindakan lanjut’ bagi kes ini dan menarik balik tuduhan walaupun kes sudah di mahkamah (seperti kes Guan Eng) selepas majikan menulis surat representasi (seperti kes Guan Eng) kepada Peguam Negara.

Akibatnya, mahkamah tinggi membuat keputusan untuk bebas dan lepaskan tertuduh.
"April 2019: Kemarahan tercetus selepas majikan M'sia terlepas dakwaan membunuh amah Indonesia"

Langkah ini mengundang kemarahan Rakyat terhadap Tommy masa itu selepas Rakyat difahamkan Jabatan Peguam Negara tidak berhasrat mengkaji semula pengguguran tuduhan terhadap kes ini.
"14 June 2019: Makin ramai marah Tommy Thomas"

Setelah didesak lagi, Tommy Thomas berjanji untuk memfailkan rayuan ke mahkamah rayuan.
Bagaimanapun, minggu lepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan untuk membebaskan tertuduh sebab berpendapat keputusan hakim Mahkamah Tinggi adalah betul akibat tindakan Jabatan Peguam Negara menarik balik tuduhan dan menggugurkan kes serta tidak lagi memanggil saksi untuk memberi penyataan di Mahkamah.

Hakim Mahkamah Tinggi tak lakukan kesilapan kerana tiada kes lagi untuk dihakim.

Sekali lagi, kemarahan Rakyat Malaysia dan Indonesia tercetus.

"Sept 2020: Indonesia tak puas hati keputusan mahkamah, mahu tegak keadilan buat Adelina"

Walaupun Jabatan Peguam Negara bawah kerajaan PN telah umumkan mereka akan rayu lagi kes ini ke Mahkamah Persekutuan, saya berpendapat ada keperluan bahawa keputusan untuk menarik balik tuduhan masa Tommy Thomas itu disiasat sebab kes ini melibatkan ketegangan dalam hubungan diplomasi negara kita dengan Indonesia.

Siapa yang membuat keputusan muktamad untuk menerima surat representasi dan menggugurkan kes masa itu?

Dan kenapa?

NAJIB RAZAK

MR :  Kerajaan PH adalah kerajaan perosak rakyat dan negara.. Nasib baik 22 bulan aje   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan: