Header Ads

ads header

Flash News

Sokongan Individu vs Sokongan Parti - Pendapat Geng Anwar


1) Ketika PH perintah Kedah, PH Kedah dapat majoriti kerana ada sokongan dari Adun UMNO. Sokongan ini berbentuk individu bukan berbentuk parti kerana pendirian parti jelas UMNO tetap musuh PH.

Disebabkan sokongan individu UMNO itu, PH dapat perintah Kedah dan Mukhriz Mahathir dapat merasa jadi MB buat kali kedua.

Namun dalam pilihanraya, UMNO tetap lawan PH biarpun adun UMNO sokong PH dalam kerajaan PH Kedah.

2) Dan hari ini juga, UMNO menyokong Muhyidin bukan secara pendirian parti, tapi sokongan individu. Presiden UMNO jelaskan berkali-kali bahawa sokongan terhadap PN hanyalah berbentuk individu MP UMNO, sebab itu UMNO berkeras tidak mahu sertai PN.

Disebabkan sokongan individu MP UMNO itu, maka Muhyidin, Azmin dan lebai PAS dapat merasa jadi PM dan kerajaan.

Namun menjelang pru15, UMNO sudah memberi gambaran awal tidak akan bekerjasama lagi dengan PN.

3) Dengan konsep yang sama, Anwar mahu tubuhkan kerajaan dengan sokongan individu MP UMNO, bukan dengan parti UMNO, sebagaimana digunapakai oleh PH Kedah dan kerajaan PN hari ini.

Anwar juga berjaya menempelak DAP dan Amanah yang asyik beri alasan "Anwar tiada numbers", dan akhirnya Anwar 'berjaya' buktikan dia mampu dapatkan numbers tanpa perlukan sokongan kumpulan Mahathir.

Jika Anwar berjaya tubuh kerajaan, maka kerajaan Anwar sama sahaja seperti kerajaan Mukhriz di Kedah dan kerajaan Muhyidin.

4) Kesimpulan, bak kata Hadi Awang, "Demokrasi bukan satu pintu", maka tindakan Anwar bersama sokongan individu UMNO tiada salahnya.

Oleh kerana PAS kata UMNO hari ini bukan lagi UMNO yang dulu kerana sudah bersih, maka apa salahnya UMNO yang bersih itu menyokong Anwar pula membentuk kerajaan.

Walaupun dilihat ia juga satu game Zahid Hamidi yang mendesak Muhyidin secara halus agar bubarkan Parlimen, namun jika benar Anwar ada numbers, maka bak kata Annuar Musa ketika Langkah Sheraton, "PN sudah mati".

Sekian.
Aman Muhammad

MR :  Logik politik untuk menghalalkan tindakan, pasal itu politik kotor kalau jiwa yang menerajuinya kotor  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan