Header Ads

ads header

Flash News

Tun Juhar minta tempoh pastikan siapa ketua menteri Sabah


KOTA KINABALU, 27 Sept —
Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin meminta tempoh bagi menentukan siapa Ketua Menteri Sabah yang baharu, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.

“Secepat yang mungkin,” katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika ditanya bila nama Ketua Menteri Sabah yang baharu akan diumum.

Terdahulu, beliau bersama Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Hajiji Noor, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah Datuk Jahid Jahim mengadakan pertemuan selama lebih sejam dengan Juhar di Istana Negeri di sini.

Jahid, ketika ditanya mengenai pertemuan dengan Juhar, hanya menjawab “satu perbincangan yang baik” manakala Hajiji dan Jeffrey enggan mengulas.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan negeri daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 semalam.

GRS mendapat 38 kerusi, kelebihan satu kerusi daripada majoriti mudah 37 kerusi di Dewan Undangan Negeri yang mempunyai 73 kerusi sekarang.

#Sumber :  — Bernama  

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan